UPM Institutional Repository

Reaksi pelajar terhadap program Pendidikan Luar dan hubungannya dengan pengetahuan, sikap dan kemahiran


Citation

Samsudin, Shamsulariffin and Abdullah, Borhannudin and Chee, Chen Soon (2016) Reaksi pelajar terhadap program Pendidikan Luar dan hubungannya dengan pengetahuan, sikap dan kemahiran. International Journal of Education and Training, 2 (2). pp. 1-11. ISSN 2462-2079

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menentukan hubungan di antara reaksi pelajar terhadap program Pendidikan Luar dengan pengetahuan, sikap dan kemahiran diperoleh selepas program. Kajian ini juga untuk menentukan perbezaan pengetahuan, sikap dan kemahiran pelajar sebelum dan selepas program. Reka bentuk kajian kuantitatif ini melibatkan 182 responden (L=96, P=86) yang mengikuti Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah. Kajian ini menggunakan Model Penilaian Kirkpatrick 1994, sebagai model penilaian. Borang soal selidik sebagai instrumen kajian dengan menggunakan format likert-scale. Data dianalisis menggunakan statistik diskriptif, ujian-t berpasangan dan korelasi. Dapatan kajian menunjukkan tahap reaksi pelajar terhadap program Pendidikan Luar yang dijalankan adalah pada tahap yang tinggi (M=4.00, SP=0.34). Bagi penganalisaan pengetahuan, sikap dan kemahiran sebelum dan selepas program menunjukkan terdapat peningkatan selepas mereka mengikuti program; Nilai min bagi peningkatan ialah 3.67 (SP=0.41) sebelum program dan nilai min meningkat kepada 4.05 (SP=0.34) selepas program; Nilai min bagi sikap 3.66 (SP=0.27) sebelum program dan min 4.06 (SP=0.28) selepas program; Nilai min bagi kemahiran ialah 3.78 (SP=0.22) sebelum program dan min 4.03 (SP=0.28) selepas program. Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pengetahuan (t= -9.94, p= 0.01), sikap (t= -12.9, p= 0.01) dan kemahiran (t= -9.12, p= 0.01) sebelum dan selepas program dijalankan. Manakala terdapat hubungan signifikan di antara reaksi pelajar terhadap program Pendidikan Luar dengan pengetahuan (r=0.20, p=0.01), sikap (r=0.21, p=0.01) dan kemahiran (r=0.20, p=0.02). Pelajar cenderung untuk mempelajari dan berubah kepada sesuatu yang lebih baik dari segi pengetahuan, sikap dan kemahiran selepas mengikuti program. Peningkatan terhadap pengetahuan, sikap dan kemahiran pula berkait dengan keberkesanan perancangan dan pengolahan sesuatu program itu.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Reaksi pelajar terhadap program Pendidikan Luar dan hubungannya dengan pengetahuan, sikap dan kemahiran.pdf

Download (37kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Outdoor education; Reaction evaluation; Learning evaluation
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 03 Apr 2017 05:45
Last Modified: 03 Apr 2017 05:45
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/51031
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item