UPM Institutional Repository

Pendidikan untuk semua: amalannya dalam sistem Pendidikan Islam di Malaysia


Citation

Suhid, Asmawati and Ahmad, Abd. Muhsin and Mohd Sabri, Syaza and Mohamad, Azreen Effendy (2015) Pendidikan untuk semua: amalannya dalam sistem Pendidikan Islam di Malaysia. International Journal of Education and Training, 1 (2). pp. 1-7. ISSN 2462-2079

Abstract

Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran yang wajib diambil oleh semua murid Islam di Malaysia. Perubahan demi perubahan yang berlaku ke atas kurikulum Pendidikan Islam boleh dilihat sepanjang perkembangannya. Ia bertujuan untuk mempertingkat dan memantapkan lagi sistem Pendidikan Islam agar bersifat holistik dan global serta dapat memenuhi Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tidak dinafikan juga, pendidikan Islam merupakan wadah penting yang dapat membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dan sepadu dari sudut intelek, rohani, jasmani, emosi dan sosial yang bertepatan dengan ajaran Islam. Berdasarkan konsep Education for All, anak-anak wajib diberikan pendidikan yang sempurna kerana mereka merupakan generasi yang bakal mewarisi tanggungjawab dan amanah sebagai hamba dan khalifah di muka bumi Allah SWT. Pendidikan hendaklah mengambil kira semua golongan murid agar tiada berlaku keciciran lantas ketinggalan dalam arus perdana pendidikan di Malaysia. Justeru, kertas kerja ini akan mengupas dan memperincikan perkembangan kurikulum Pendidikan Islam. Seterusnya turut membincangkan isu dan masalah yang timbul sepanjang pelaksanaannya.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Pendidikan untuk semua amalannya dalam sistem Pendidikan Islam di Malaysia.pdf

Download (34kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Islamic education; Education for all; Holistic
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 31 Mar 2017 10:07
Last Modified: 31 Mar 2017 10:07
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50996
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item