UPM Institutional Repository

Guru cemerlang Pendidikan Moral: keperluan menguasai aspek kandungan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral dan implikasinya


Citation

Ettikan, Kalaiselvi and Abdullah, Nur Surayyah Madhubala and Abdul Manaf, Umi Kalthom (2015) Guru cemerlang Pendidikan Moral: keperluan menguasai aspek kandungan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral dan implikasinya. International Journal of Education and Training, 1 (2). pp. 1-8. ISSN 2462-2079

Abstract

Guru memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah di samping meningkatkan kualiti pencapaian murid. Memandangkan Pendidikan Moral itu sendiri adalah kompleks, maka guru perlu mempunyai pemahaman yang kukuh dan menguasai konsep-konsep asas moral, konsep utama Pendidikan Moral dan isi kandungan Pendidikan Moral itu sendiri sebelum mengajar muridnya. Penguasaan aspek kandungan oleh guru cemerlang Pendidikan Moral adalah sangat penting kerana ia merupakan aspek asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Walaupun secara umumnya diketahui guru cemerlang adalah pakar dalam mata pelajaran yang diajar, namun bagi Pendidikan Moral kelonggaran berlaku apabila majoriti guru cemerlang Pendidikan Moral tidak mempunyai pengkhususan dalam mata pelajaran ini. Kertas konsep ini akan menjelaskan tentang kepentingan guru menguasai pengetahuan kandungan dan konsep utama yang wajar difahami oleh guru cemerlang Pendidikan Moral di Malaysia. Perbincangan kertas ini adalah berdasarkan konsep Pendidikan Moral di Malaysia oleh Aroff, teori pengetahuan guru oleh Shulman dan teori sekolah dan perkembangan moral oleh Sugarman yang menyentuh tentang aspek penting bagi seorang guru Pendidikan Moral.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Guru cemerlang Pendidikan Moral keperluan menguasai aspek kandungan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral dan implikasinya.pdf

Download (36kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Excellent teachers; Moral education in Malaysia; Content knowledge
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 31 Mar 2017 10:07
Last Modified: 31 Mar 2017 10:07
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50992
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item