Citation
Abu Bakar, Norashikin and Basri, Ramli and Foo, Say Fooi
(2015)
Hubungan kepimpinan guru dengan pencapaian akademik pelajar.
International Journal of Education and Training, 1 (2).
pp. 1-11.
ISSN 2462-2079
Abstract
Pencapaian akademik pelajar merupakan agenda reformasi ke arah pendidikan yang berkualiti seperti yang dirancang dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025. Justeru peranan kepimpinan pendidikan di sekolah dari pelbagai peringkat dilihat amat penting bagi mewujudkan pendidikan berkualiti. Selain kepimpinan pengetua di sekolah, kepimpinan guru tidak seharusnya dipinggirkan kerana kepimpinan guru merupakan agen perubahan yang penting dalam usaha melahirkan sekolah yang berkesan. Para sarjana mendapati kepimpinan guru mampu memberi impak kepada pencapaian akademik pelajar di sekolah. Namun di Malaysia, isu kepimpinan guru ini masih lagi dianggap baharu dan kurang mendapat perhatian. Fokus utama kajian adalah untuk melihat hubungan kepimpinan guru dengan pencapaian akademik pelajar. Selain itu, kajian juga turut melihat tahap kepimpinan guru berdasarkan enam dimensi kepimpinan guru yang dicadangkan oleh Katzenmeyer dan Katzenmeyer (2004) iaitu kesedaran kendiri dan membawa perubahan, komunikasi, kepelbagaian, kemahiran pengajaran, penambahbaikan yang berterusan dan organisasi kendiri. Model yang digunakan dalam kajian ini ialah berasaskan Model Pembangunan Kepimpinan Guru atau Leadership Development for Teachers Model (LDT) oleh Katzenmeyer dan Moller (2009). Data diperolehi melalui soal selidik Teacher Leadership Self Assessment (TLSA) oleh Katzenmeyer dan Katzenmeyer (2004). Kajian ini melibatkan seramai 387 orang guru dari 40 buah sekolah menengah harian di negeri Johor yang dipilih secara rawak mudah. Data soal selidik dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS IBM Version 20.0. Secara keseluruhannya dapat dirumuskan amalan kepimpinan guru di sekolah menengah harian berada pada tahap tinggi (min = 4.28, SP = 0.43). Terdapat hubungan positif signifikan pada tahap lemah antara kepimpinan guru dengan pencapaian akademik pelajar dengan nilai r = 0.173 dan sig = 0.000 (p<0.05). Hasil kajian ini mempromosi peranan kepimpinan guru di sekolah yang boleh membawa kepada perubahan yang positif terhadap pencapaian akademik pelajar. Dengan adanya maklumat tentang kepimpinan guru ini dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar, diharap pihak KPM, JPN mahupun PPD dapat merancang dan menyediakan kursus perkembangan profesionalisma untuk pemimpin guru bagi mempromosi, melatih dan membimbing guru-guru menjadi pemimpin di sekolah dalam usaha meningkatkan kualiti profesional guru dan pencapaian akademik pelajar di sekolah.
Download File
Preview |
|
PDF (Abstrak)
Hubungan kepimpinan guru dengan pencapaian akademik pelajar.pdf
Download (36kB)
| Preview
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |