UPM Institutional Repository

Pemikiran akal budi dan sosiobudaya Melayu dalam pendidikan Kesusasteraan Melayu


Citation

Othman, Shamsudin and Md Sabil, Azhar and Lateh, Ghazali (2015) Pemikiran akal budi dan sosiobudaya Melayu dalam pendidikan Kesusasteraan Melayu. International Journal of Education and Training, 1 (2). pp. 1-10. ISSN 2462-2079

Abstract

Pendidikan Kesusasteraan Melayu tidak dapat dipisahkan daripada etimologi kata ‘Melayu’ kerana mempunyai hubungan makna yang terikat dalam pengertian tersurat (bangsa) dan tersirat (Islam). Akal budi ‘Melayu’ merujuk kepada bangsa yang sedang melalui proses pemerkasaan bangsa seperti yang tercatat dalam karya (sastera moden mahupun karya Melayu klasik). Teks dan naskah Melayu ini sebenarnya sedang berhadapan dengan cabaran persaingan dalam lingkungan globalisasi yang berjungkir-balik. Kesepakatan sarjana terhadap konsep tamadun dan negara Melayu dilihat berada pada kesahihan bukti yang cukup kuat, iaitu sastera Melayu mempunyai akar tamadun yang hebat. Justeru, makalah ini akan melihat sejauh mana pendidikan Kesusasteraan Melayu yang sedang berjalan hari ini sesuai dengan keperluan tamadun bangsa serta dapat dikaitkan dengan lingkungan hidup masyarakat khususnya dalam situasi kebangkitan dan pertembungan dengan budaya-budaya lain yang kemudiannya terserap secara alamiah. Beberapa lontaran idea berkaitan permasalahan dan keraguan terhadap kesusasteraan Melayu turut disentuh. Justeru pendidikan Kesusasteraan Melayu pada hari ini dilihat sangat penting dalam usaha mewujudkan tamadun Melayu yang berjaya dalam usaha menyahut cabaran penting mempertahankan sistem nilai supaya tidak tergelincir daripada jati diri atau asas pembinaan gagasan muluk Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Pemikiran akal budi dan sosiobudaya Melayu dalam pendidikan Kesusasteraan Melayu.pdf

Download (48kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Literature; Sociocultural; Intelligence; Nation
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 31 Mar 2017 10:07
Last Modified: 31 Mar 2017 10:07
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50979
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item