Citation
Md Sahir, Afizal and Mohd Ayub, Ahmad Fauzi
(2015)
Keberkesanan penggunaan video dalam amali masakan.
International Journal of Education and Training, 1 (2).
pp. 1-8.
ISSN 2462-2079
Abstract
Kajian ini bertujuan menentukan keberkesanan penggunaan video terhadap skor masakan murid bagi empat jenis masakan iaitu masakan pagi, tengahari, malam dan tengah malam. Rekabentuk eksperimen ini melibatkan 34 orang murid yang dibahagikan secara rawak kepada dua kumpulan iaitu kumpulan demonstrasi (16 orang) dan kumpulan video (18 orang). Kajian yang dijalankan selama lapan minggu ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan bagi skor masakan pagi dan tengah hari. Sementara itu, dapatan kajian menunjukkan murid yang didedahkan dengan kaedah demonstrasi mendapat skor secara signifikan lebih tinggi berbanding dengan kaedah video bagi penyediaan makan tengahari. Sebaliknya, bagi penyediaan makanan tengah malam pula menunjukkan murid yang melalui pembelajaran menggunakan video mencatat skor lebih baik berbanding kaedah demonstrasi. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan video boleh digunakan bagi amali masakan sebagai membantu guru dalam mengendalikan kelas amali tersebut.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |