UPM Institutional Repository

Daya tahan dalam kalangan guru alaf 21


Citation

Osman, Mohd Salmi and Abdullah, Maria Chong and Ismail, Abdul Aziz and Roslan, Samsilah (2015) Daya tahan dalam kalangan guru alaf 21. International Journal of Education and Training, 1 (2). pp. 1-9. ISSN 2462-2079

Abstract

Seorang guru itu dikatakan mempunyai daya tahan apabila guru tersebut mampu menghadapi segala cabaran termasuklah perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan. Mereka yang mempunyai daya tahan menjadikan perubahan ini sebagai satu cabaran dan bukannya halangan atau satu masalah kepada mereka. Daya tahan berkembang dari semasa ke semasa dan kebolehan atau kapasiti yang muncul dalam individu adalah dalam bentuk kemahiran. Kemahiran ini akhirnya akan menjadi kekuatan yang berkekalan dan menjadi sebahagian daripada diri individu. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada daya tahan, sama ada faktor individu atau faktor persekitaran. Antara faktor yang menyumbang kepada daya tahan guru adalah seperti kecerdasan emosi, kecerdasan sosial dan kecerdasan spritual. Guru yang dikatakan kurang daya tahan tidak dapat menjalankan tugas dengan baik serta produktivitinya juga kurang dan ini seterusnya akan menjejaskan komitmen mereka. Selain itu kesan daya tahan yang rendah juga dapat mencetuskan tekanan dan "burnout" dalam kalangan guru.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Daya tahan dalam kalangan guru alaf 21.pdf

Download (34kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Putra Science Park
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Resilience; Emotional intelligence; Social intelligence; Spiritual intelligence
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 31 Mar 2017 10:07
Last Modified: 31 Mar 2017 10:07
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50971
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item