UPM Institutional Repository

Pengaruh kepercayaan, motivasi dan niat terhadap golongan belia dalam aktiviti sukarela di Malaysia


Citation

Hamzah, Siti Raba'ah and Suandi, Turiman and Hamzah, Azimi (2015) Pengaruh kepercayaan, motivasi dan niat terhadap golongan belia dalam aktiviti sukarela di Malaysia. International Journal of Education and Training, 1 (2). pp. 1-10. ISSN 2462-2079

Abstract

Aktiviti sukarela bukanlah perkara baharu di Malaysia, malahan aktiviti tersebut telah melepasi fasa baharu yang melibatkan seluruh warganegara dalam pelbagai bentuk dan program sukarela. Peningkatan bilangan sukarelawan yang terdiri daripada golongan belia adalah jauh lebih menonjol berbanding dengan golongan lain. Kajian ini dijalankan bagi mengetahui faktor yang menggalakkan penglibatan golongan belia dalam aktiviti sukarela; kepercayaan, motivasi dan niat melalui reka bentuk dan pengesahan model persamaan struktural. Seramai 251 responden yang berumur 15 hingga 25 tahun (M umur = 21.21, SD = .45) dipilih secara rawak. Ciri-ciri pemboleh ubah dan hubungan pemboleh ubah dalam model persamaan struktural ditentukan melalui pengumpulan data borang soal selidik (tadbir sendiri). Analisis model persamaan struktural menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pemboleh ubah motivasi dan niat terhadap penglibatan golongan belia dalam aktiviti sukarela. Kajian juga menunjukkan elemen-elemen penting yang mendorong penglibatan untuk aktiviti sukarela. Implikasi dan cadangan penting penglibatan dalam aktiviti sukarela juga dibincangkan.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Pengaruh kepercayaan, motivasi dan niat terhadap golongan belia dalam aktiviti sukarela di Malaysia.pdf

Download (36kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Voluntary activity; Motivations; Beliefs; Intentions; Youths
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 31 Mar 2017 10:07
Last Modified: 31 Mar 2017 10:07
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50969
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item