UPM Institutional Repository

Perspektif pelajar tentang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling


Citation

Mat Najib, Norazizalina and Baki, Roselan (2013) Perspektif pelajar tentang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc 2013), 1 Dec. 2013, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 738-744).

Abstract

Sikap berahsia dan tertutup dalam kalangan masyarakat Malaysia tanpa disedari akan mematikan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kesedaran masyarakat terhadap kepentingan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling untuk membantu mereka yang berada dalam emosi tidak stabil dan tingkahlaku devian masih di tahap yang tidak memuaskan. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk memahami persepsi pelajar terhadap perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah temubual semi-berstruktur. Sebanyak 3 orang pelajar Institusi Pengajian Tinggi di sekitar Selangor dipilih menggunakan teknik sampel bertujuan iaitu pelajar-pelajar yang tidak pernah mendapatkan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dalam tempoh pengajian. Hasil temubual ke atas subjek kajian dianalisis menggunakan teknik pengkodan. Hasil kajian menunjukkan, pelajar tidak memahami dengan jelas fungsi kaunseling, namun percaya bahawa perkhidmatan ini sangat penting untuk membantu orang ramai. Hasil kajian ini juga menunjukkan, pelajar berpersepsi bahawa kaunselor merupakan seorang yang pakar dalam bidang tersebut. Namun begitu, sikap malu pelajar membuatkan mereka tidak mahu untuk berjumpa kaunselor jika dilanda masalah. Pelajar juga berpendapat, sikap ramah kaunselor dan memperbanyakkan promosi mampu meningkatkan kepercayaan pelajar kepada perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kesimpulannya, perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling wajar diteruskan dan dikembangkan untuk diperkenalkan kepada masyarakat mengenai fungsi dan kepentingan perkhidmatan ini.


Download File

[img] PDF
Greduc110 Norazizalina Mat Najib.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (216kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Perspective; Students; Counseling services; Qualitative; Interview
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 31 Mar 2017 10:05
Last Modified: 31 Mar 2017 10:05
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50955
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item