Citation
Abstract
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam system pendidikan Negara ini sudah tidak boleh dinafikan penggunaan dan pendapat semua masyarakat terutama dalam kalangan bakal guru iaitu para pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG). Selaras dengan kesungguhan kerajaan menggalakkan penggunaan komputer dalam bidang pendidikan, kajian ini dilakukan untuk mengetahui penggunaan, pendapat dan minat guru pelatih dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian ini dijalankan di IPG Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Nila, Negeri Sembilan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 73 responden yang terdiri daripada guru pelatih di IPG tersebut. Keputusan kajian mendapati bahawa suasana atau persekitaran di dalam kelas akan menjadi lebih menarik dengan penggunaan TMK di dalam kelas. Sementara pendapat pelajar pula ialah mereka semakin minat terhadap penggunaan TMK sewaktu pengajaran dan pembelajaran. Ini menunjukkan TMK memainkan peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai matlamat pengajaran di dalam kelas. Minat pula menunjukkan pelajar tidak setuju penggunaan TMK membosankan dan menyusahkan. Ini menunjukkan TMK memainkan peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai matlamat pengajaran di dalam kelas.
Download File
Official URL or Download Paper: http://www.greduc2013.upm.edu.my/PDF%20Files/Gredu...
|
Additional Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Divisions: | Faculty of Educational Studies Institute for Mathematical Research |
Publisher: | Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia |
Keywords: | ICT; Teaching and learning; Mathematics; Computer usage |
Depositing User: | Nabilah Mustapa |
Date Deposited: | 31 Mar 2017 10:02 |
Last Modified: | 31 Mar 2017 10:02 |
URI: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50946 |
Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
View Item |