UPM Institutional Repository

Modal sosial dan keusahawanan sosial


Citation

Radin A Rahman, Radin Siti Aishah and Lope Pihie, Zaidatol Akmaliah (2013) Modal sosial dan keusahawanan sosial. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc 2013), 1 Dec. 2013, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 672-680).

Abstract

Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa bidang perniagaan dan keusahawanan bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan pendapatan, tetapi bertindak sebagai agen perubahan struktur sosial dan masyarakat. Perubahan sosio-ekonomi masyarakat yang lebih baik bukan sahaja menjadi tanggungjawab pihak kerajaan, badan sukarela, organisasi bukan-kerajaan mahupun badan korporat semata-mata, malah kepada individu. Usahawan sosial memainkan peranan sangat penting dalam memastikan kemampanan pembangunan negara dan kelangsungan untuk diwarisi generasi akan datang. Keusahawanan social berpotensi besar untuk menjana lebih banyak inovasi dalam amalan ekonomi (Bornstein, 2004). Ironinya segelintir usahawan di Malaysia yang prihatin, bertindak secara proaktif, inovatif dan mengambil peluang ke atas masalah sosial tertentu oleh golongan berkeperluan khas (seperti gelandangan dan kemiskinan) untuk meningkatkan sosio-ekonomi yang lebih baik. Fenomena ini menggambarkan usaha perlu ditingkatkan bagi meningkatkan nilai sosio-ekonomi secara berterusan menerusi kepercayaan, jaringan dan norma sosial. Usaha perlu digiatkan bukan sahaja ditumpukan dari aspek pembangunan modal fizikal, kewangan dan insan (manusia) semata-mata, malah ditentukan oleh faktor modal sosial yang berperanan penting menyumbang kepada kejayaan sesebuah perusahaan sosial. Rentetan, sesetengah usahawan sosial didapati lebih berjaya daripada yang lain dalam meneroka dan memanfaatkan peluang sedia ada (Basu, 2009). Hal ini dipengaruhi oleh kepercayaan dan norma social yang mendorong kepada tekad keusahawanan seseorang (Ajzen, 1991). Namun, skop dalam artikel ini hanya tertumpu kepada pencapaian modal sosial yang berupaya mendorong kejayaan sesebuah perusahaan sosial. Justeru, artikel ini akan membincangan pencapaian modal sosial dan kepentingannya kepada pembangunan keusahawanan sosial di Malaysia.


Download File

[img] PDF
Greduc099 Radin siti aishah.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (296kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Social entrepreneurship; Social capital
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 31 Mar 2017 10:02
Last Modified: 31 Mar 2017 10:02
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50944
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item