Citation
Johari, Nurul Syuhada and Suhid, Asmawati and Mohd Fakhruddin, Fathiyah
(2013)
Penelitian terhadap model j-QAF dan masalah perlaksanaanya di sekolah-sekolah rendah di Malaysia.
In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc 2013), 1 Dec. 2013, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 630-634).
Abstract
Perlaksanaan j-QAF di sekolah-sekolah rendah merupakan cetusan idea daripada mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato Seri Abdullah hj Ahmad Badawi semasa lawatan beliau ke Kementerian Pendidikan Malaysia pada 30 Disember 2003. Program j-QAF bertujuan untuk memperkasakan Pendidikan Islam yang sedia ada. Bagi memenuhi hasrat Perdana Menteri untuk melahirkan murid khatam al-Quran pada peringkat sekolah rendah. Maka dibentuk program j-QAF supaya dapat memenuhi hasrat murni tersebut. Perkataan j-QAF singkatan daripada Jawi, al-Quran dan Fardhu ‘Ain. Selain itu, terdapat kurikulum dan model pengajaran dan pembelajaran sebagai panduan kepada guru j-QAF. Kementerian Pelajaran diberi tangungjawab untuk memastikan perjalanan program ini dan secara khususnya diuruskan oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Penulisan kertas kerja ini tertumpu kepada penilaian modul j-QAF serta masalah perlaksanaannya. Model yang dinilai ialah Model Pemulihan Jawi, Model khatam al-Quran, Model Bahasa Arab Komunikasi dan Model Kem Bestari Solat. Selain itu, penulisan ini turut membincangkan masalah yang terdapat dalam perlaksanaan j-QAF di sekolah rendah.
Download File
|
PDF
Greduc093 Nurul Syuhada Johari.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (338kB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |