UPM Institutional Repository

Keperluan latihan guru dalam pengurusan kewangan sekolah


Citation

Baharin, Suriyati and Abdul Kadir, Suhaida (2013) Keperluan latihan guru dalam pengurusan kewangan sekolah. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc 2013), 1 Dec. 2013, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 477-480).

Abstract

Bagi mengelakkan berlakunya kekurangan kemahiran pengurusan yang berlanjutan, guru besar dan guru-guru yang berkepentingan perlu memiliki kompetensi dalam pengurusan kewangan melalui latihan pengurusan kewangan dari masa ke masa. Shahril@Charil Marzuki (2008) menyatakan, bagi meringankan tugas pengetua atau guru besar dalam pengurusan kewangan sekolah, pengetua juga perlu membentuk jawatankuasa kewangan sekolah yang terdiri dari pengetua selaku pengerusi dan dibantu oleh GPK 1, selaku naib pengerusi manakala setiausaha terdiri daripada pegawai kerani, sementara ahli-ahlinya terdiri daripada Penolong Kanan HEM, Penyelia Petang, guru-guru kanan mata pelajaran dan guru audit. Latihan dan kursus yang dihadiri oleh guru-guru akan memberi pengetahuan pengurusan kewangan sekolah semasa dan dapat bersama-sama memikul tanggungjawab dalam menguruskan kewangan sekolah. Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk mengenal pasti keperluan latihan guru dalam pengurusan kewangan sekolah khususnya dalam aspek peruntukan bantuan perkapita geran (PCG), Panjar Wang Runcit (PWR), pembelian barang / aset dan pengurusan barang / aset sekolah.Kaedah yang digunakan berbentuk tinjauan dan melibatkan 169 guru sekolah rendah di Seremban. Dapatan kajian menunjukkan keperluan latihan guru dalam pengurusan kewangan sekolah adalah pada tahap tinggi.


Download File

[img] PDF
Greduc069 Suriyati bt Baharin.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (322kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Training needs; Financial management; School assets; PCG; School budget
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 31 Mar 2017 09:56
Last Modified: 31 Mar 2017 09:56
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50889
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item