UPM Institutional Repository

Impak kaunseling kelompok berstruktur REBT terhadap tingkah laku ponteng kelas pelajar-pelajar bermasalah disiplin


Citation

Tan, Hua Khim and Abdul Kadir, Rusnani and Mohd Noah, Sidek and Baba, Maznah (2013) Impak kaunseling kelompok berstruktur REBT terhadap tingkah laku ponteng kelas pelajar-pelajar bermasalah disiplin. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc 2013), 1 Dec. 2013, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 470-475).

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menguji impak kaunseling kelompok berstruktur REBT dalam menurunkan kes masalah disiplin ponteng kelas pelajar yang berisiko di empat buah sekolah harian biasa daerah Bera, Pahang. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian eksperimen ujian pra – ujian pasca dengan kumpulan kawalan. Sampel kajian terdiri daripada 60 orang pelajar tingkatan empat dan mereka ini diagihkan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen secara kaedah persampelan kombinasi rawak kelompok, prosedur pemadanan dan pengagihan rawak. Kumpulan eksperimen diberikan rawatan melalui proses kaunseling kelompok berstruktur REBT yang mengandungi empat peringkat sementara kumpulan kawalan tidak diberi sebarang rawatan. Sesi yang dijalankan mempunyai kesahan kandungan dan kebolehpercayaan yang tinggi iaitu masing-masing .86 dan .83. Proses kaunseling ini melibatkan 10 sesi perjumpaan dan rawatan mengambil masa lebih kurang tiga bulan secara keseluruhan.Setelah sesi tamat, sampel kajian diperhatikan tingkah laku ponteng kelas mereka oleh pemerhati yang dilantik dan dilatih secara sulit tanpa pengetahuan warga sekolah. Pemerhatian ini dijalankan selama enam minggu waktu persekolahan. Data yang diperolehi dianalisis dan membuktikan bahawa kaunseling kelompok berstruktur REBT ini mencapai kejayaan. Analisis data menunjukkan 69% daripada sampel yang menerima rawatan telah berubah dan dalam tempoh pemerhatian tersebut mereka ini tidak mempunyai sebarang rekod tentang masalah disiplin ponteng kelas. Manakala bagi kumpulan kawalan pula, mereka hanya mencapai kejayaan secara semulajadi sebanyak 33% sahaja. Jika dibandingan dengan kumpulan rawatan didapati ianya mengalami kejayaan yang lebih besar iaitu perbezaan sebanyak 36%. Ini jelas bahawa terdapat perbezaan yang signifikan jika dibandingkan dengan kumpulan kawalan.


Download File

[img] PDF
Greduc068 Tan Hua Khim.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (289kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: School truancy; Group counseling; REBT structured group counseling
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 31 Mar 2017 09:55
Last Modified: 31 Mar 2017 09:55
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50882
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item