UPM Institutional Repository

Pengaruh ibu bapa dan rakan sebaya ke atas akhlak belia sebuah universiti awam di Malaysia


Citation

Tan, Rohana and Zainal Abiddin, Norhasni and Hamzah, Azimi and Mohd Fakhrudin, Fathiyah (2013) Pengaruh ibu bapa dan rakan sebaya ke atas akhlak belia sebuah universiti awam di Malaysia. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc 2013), 1 Dec. 2013, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 257-264).

Abstract

Pembangunan belia sebagai aset negara perlu diberi fokus utama bagi memastikan kemajuan sesebuah negara berlangsung dengan sempurna. Ini kerana maju atau mundur sesebuah negara turut diukur daripada kualiti akhlak belianya pada hari ini. Ibu bapa dan rakan sebaya merupakan faktor penting dalam proses pembentukan akhlak belia. Artikel ini bertujuan untuk menentukan pengaruh pendidikan keagamaan oleh ibu bapa dan keakraban rakan sebaya dengan pembentukan akhlak belia universiti. Pemilihan sampel dalam kajian ini dilakukan secara rawak berstarta melibatkan 403 sampel daripada kalangan belia universiti yang berusia antara 19 hingga 25 tahun. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 20 dengan menggunakan kaedah analisis inferensi Korelasi Pearson dan Regresi Berganda. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan signifikan sederhana (r=.447, p=.000) antara pendidikan keagamaan oleh ibu bapa dengan akhlak belia, manakala keakraban rakan sebaya juga mempunyai hubungan yang signifikan pada tahap rendah (r=.289, p=.000). Hasil analisis Regresi Berganda mendapati pendidikan keagamaan menyumbang sebanyak 20.0 peratus terhadap penghayatan akhlak Islam, manakala keakraban rakan sebaya pula menyumbang sebanyak 1.6 peratus kepada akhlak belia. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menjelaskan bahawa pengaruh ibu bapa dan rakan sebaya merupakan faktor yang mempengaruhi akhlak belia dalam kalangan belia yang dikaji.


Download File

[img] PDF
Greduc037 Rohana Tan.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (366kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Youth; Religious education; Parent attachment; Peer attachment; Islamic moral value
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 03 Mar 2017 04:33
Last Modified: 03 Mar 2017 04:33
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50836
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item