UPM Institutional Repository

Efikasi kendiri, kepuasan bekerja dan sikap terhadap perkhidmatan kaunseling dalam kalangan pensyarah Kolej Komuniti


Citation

Che Wil, Che Hazina and Abdul Kadir, Rusnani (2013) Efikasi kendiri, kepuasan bekerja dan sikap terhadap perkhidmatan kaunseling dalam kalangan pensyarah Kolej Komuniti. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc 2013), 1 Dec. 2013, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 229-237).

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti efikasi kendiri, kepuasan bekerja dan sikap terhadap perkhidmatan kaunseling dalam kalangan 328 orang pensyarah Kolej Komuniti Semenanjung Malaysia.Instrumen yang digunakan ialah Lecturer Self-efficacy (LSE), Jobs Descriptive Index(JDI) dan Attitudes Towards Seeking Professional Psychological Help Scale (ATSPPHS). Dapatan kajian menunjukkan efikasi kendiri pengajaran pensyarah adalah paling tinggi (Min = 167.78, SP = 30.85) berbanding tahap efikasi penyelidikan (Min = 134.11, SP = 37.53) dan perkhidmatan (Min = 78.62, SP = 20.70). Manakala majoriti tahap kepuasan kerja pensyarah berada di tahap sederhana iaitu 271 orang (82.62%). Seterusnya sikap pensyarah Kolej Komuniti terhadap perkhidmatan kaunseling adalah negatif iaitu 294 orang (89.64%). Analisis Korelasi Pearson menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara efikasi kendiri pensyarah dengan kepuasan bekerja [r =.038, p >.05] tetapi terdapat hubungan yang lemah antara efikasi kendiri pensyarah dengan sikap terhadap perkhidmatan kaunseling [r = 112*, p <.05]. Ujian ANOVA pula mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min efikasi kendiri dengan tempoh berkhidmat (F (4, 323) = 8.168, P>.05) tetapi terdapat perbezaan yang signifikan antara min efikasi kendiri pensyarah berdasarkan tahap pendidikan (F (3,324) = 5.630, P <.05). Selain itu juga didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kepuasan bekerja pensyarah Kolej Komuniti [F(4,323) = .486, p >.05] bagi tempoh berkhidmat, dan tahap pendidikan [F(3,324) = .711, p > .05].


Download File

[img] PDF
Greduc034 Che Hazina Che Wil.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (255kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Lecturer self-efficacy; Job satisfaction; Counseling services
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 03 Mar 2017 04:33
Last Modified: 03 Mar 2017 04:33
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50833
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item