UPM Institutional Repository

Kerisauan guru terhadap penyeliaan pengajaran dalam kalangan guru sekolah menengah kebangsaan Zon Bangsar, Kuala Lumpur


Citation

Gunarasa, Vijayaamalar and Abdul Kadir, Suhaida (2013) Kerisauan guru terhadap penyeliaan pengajaran dalam kalangan guru sekolah menengah kebangsaan Zon Bangsar, Kuala Lumpur. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc 2013), 1 Dec. 2013, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 137-151).

Abstract

Penyeliaan pengajaran sangatlah penting untuk kecemerlangan di dalam pengajaran dan pembelajaran dan di dalam pengurusan kurikulum. Penyeliaan sangat mustahak untuk pemantauan pengajaran di sekolah dan untuk melihat kesannya di dalam tugas guru supaya ianya dapat dijalankan dengan berterusan terhadap guru-guru dan untuk membantu meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji kerisauan guru terhadap penyeliaan pengajaran yang dijalankan di dalam kelas. Kajian ini melibatkan 250 orang guru di tujuh buah Sekolah Menengah Kebangsaan di Zon Bangsar, Kuala Lumpur. Data kajian dikutip dengan menggunakan soal selidik. Kerisauan terhadap penyeliaan diukur menggunakan soal selidik atau instrumen yang diubah suai merujuk kepada ‘Teaching Anxiety Scale (TCHAS)’ yang direka oleh Parson’ (1973) untuk penyelidikan ini. Dapatan kajian menunjukkan kerisauan guru terhadap penyeliaan pengajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah adalah pada tahap yang sederhana (Min = 3.04, S.P = .68). Kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara kerisauan guru terhadap penyeliaan pengajaran berdasarkan faktor demografi iaitu jantina dan pengalaman mengajar.


Download File

[img] PDF
Greduc021 Vijayaamalar Gunarasa.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (423kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Anxiety; Teaching supervision
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 03 Mar 2017 04:24
Last Modified: 03 Mar 2017 04:24
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50813
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item