Citation
Tuman, Abdul Shukur and Kamarudin, Nurzatulshima
(2013)
Gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar tingkatan dua mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, di daerah Petaling, Selangor.
In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc 2013), 1 Dec. 2013, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 119-122).
Abstract
Kajian ini mengkaji kepelbagaian gaya pembelajaran pelajar sekolah disamping membezakan pelajar cemerlang, sederhana dan lemah khususnya dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Kajian ini melibatkan seramai 368 orang responden yang terdiri daripada 204 pelajar lelaki dan 164 pelajar perempuan tingkatan dua di 27 buah sekolah yang berada di bawah pengawasan Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Utama (PPDPU), Selangor. Kajian ini berbentuk deskriptif dan menggunakan instrumen soal selidik dengan skala empat mata bagi mengukur empat kategori gaya pembelajaran. Empat kategori gaya pembelajaran oleh Dunn dan Dunn adalah kategori Persekitaran, Emosional, Sosiologikal dan Fizikal. Nilai pekali Alpha Cronbach untuk kajian ini adalah 0.73. Dapatan kajian mendapati kategori Sosiologikal adalah gaya pembelajaran yang paling dominan diamalkan oleh responden kajian iaitu (min 2.88, SP=0.89). Kategori yang kedua adalah kategori Emosi (min 2.87, SP=0.80), diikuti dengan kategori Fizikal (min 2.64, SP=0.90) dan seterusnya kategori Persekitaran (min 2.55, SP=0.77). Keseluruhannya tahap gaya pembelajaran pelajar berada pada tahap sederhana. Disamping itu, tidak ada perbezaan yang ditunjukkan oleh pelajar cemerlang, pelajar sederhana dan pelajar lemah bagi setiap kategori. Berdasarkan hasil analisis, pihak guru perlulah menekankan aspek Sosiologikal dalam gaya pembelajaran pelajar khasnya mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Ini merupakan salah satu kaedah bagi meningkatkan pencapaian mereka.
Download File
|
PDF
Greduc018 Abdul Sukur.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (251kB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |