Citation
Gunarasa, Vijayaamalar and Abdul Kadir, Suhaida
(2013)
Amalan penyeliaan pengajaran yang dijalankan dalam kalangan guru sekolah menengah kebangsaan, Zon Bangsar, Kuala Lumpur.
In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc 2013), 1 Dec. 2013, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 93-105).
Abstract
Sesebuah sekolah yang gemilang dan cemerlang lahir dari pengurusan dan kepimpinan yang sangat berkesan. Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji amalan penyeliaan pengajaran yang dijalankan di dalam kelas. Kajian ini melibatkan 250 orang guru di tujuh buah Sekolah Menengah Kebangsaan di Zon Bangsar, Kuala Lumpur. Data kajian dikutip dengan menggunakan soal selidik. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini termasuklah amalan penyeliaan pengajaran dijalankan di dalam bilik darjah yang diubah suai dari Mohd Ruzi Shafie (2001). Dapatan kajian menunjukkan amalan penyeliaan pengajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah adalah pada tahap yang sederhana (Min = 3.46, S.P = .71). Kajian mendapati amalan penyeliaan pengajaran yang terdiri daripada sebelum penyeliaan, semasa penyeliaan dan selepas penyeliaan menunjukkan tahap yang sederhana.
Download File
|
PDF
Greduc015 Vijayaamalar Gunarasa.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (374kB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |