Citation
Syed Hassan, Sharifah Badariah Hanun and Abdul Wahat, Nor Wahiza
(2013)
Sumbangan masteri dan penilaian teras kendiri terhadap keboleh upayaan bekerja dikalangan orang kelainan upaya (OKU).
In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc 2013), 1 Dec. 2013, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 74-77).
Abstract
Golongan orang kelainan upaya (OKU) merupakan golongan minoriti yang semakin mendapat perhatian atas beberapa kejayaan yang telah dicipta. Masyarakat juga semakin memberi perhatian terhadap golongan ini. Kejayaan mereka telah membuka mata masyarakat akan kekuatan dalaman luar biasa yang mereka ada. Mereka telah mempamerkan prestasi yang baik di dalam kerjaya. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dua faktor iaitu masteri dan penilaian teras kendiri terhadap keboleh upayaan bekerja dikalangan OKU. Objektif kajian adalah a) untuk menilai fenomena keboleh upayaan bekerja bagi golongan OKU, b) adakah tahap penguasaan masteri menyumbang kepada keboleh upayaan bekerja bagi golongan OKU dan c) adakah tahap penilaian teras kendiri menyumbang kepada keboleh upayaan bekerja bagi golongan OKU. Kajian ini dijalankan melalui kaedah kualitatif yang melibatkan tujuh orang informan OKU yang berkerjaya. Sesi temubual mendalam dijalankan bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Dapatan yang diperoleh menunjukkan rata-rata informan OKU yang bekerja didapati memainkan peranan penting ke atas keboleh upayaan bekerja. Masteri dan penilaian teras kendiri merupakan faktor yang mempengaruhi tahap keboleh upayaan bekerja memandangkan kedua-dua faktor tersebut dapat melahirkan sifat yang positif di dalam diri.
Download File
|
PDF
Greduc011 Sharifah Badariah Hanun bt Syed Hassan.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (273kB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |