Citation
Musly Thahar, Tiza Lytha Rimaya and Mat Rashid, Abdullah
(2013)
Kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar aliran teknikal sekolah menengah vokasional di Gombak.
In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc 2013), 1 Dec. 2013, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 16-25).
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar aliran teknikal sekolah menengah vokasional di Gombak. Responden kajian terdiri daripada 220 orang pelajar teknikal dalam kursus Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik dan Kejuruteraan Mekanikal. Kajian ini dilakukan dengan kaedah tinjauan melalui pengedaran borang soal selidik. Instrumen kajian terdiri daripada dua bahagian A dan B dengan respon Skala Likert 1 hingga 5. Data dianalisis dengan bantuan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) 19.0. Dapatan menunjukkan tahap penguasaan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar aliran teknikal adalah sederhana tinggi. Walau bagaimanapun, kemahiran insaniah dominan yang dikuasai oleh pelajar adalah kemahiran pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran kerja berpasukan. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan signifikan antara tiga kemahiran insaniah berdasarkan jantina iaitu bagi kemahiran komunikasi, kemahiran etika dan profesional dan kemahiran kerja berpasukan. Masing-masing dengan nilai t=-1.993, t=-2.471 dan t=-2.064. Selain daripada itu terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran insaniah dominan dengan tahap penguasaan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar.
Download File
|
PDF
Greduc003 Tiza Lytha Rimaya Bt Musly Thahar.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (260kB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |