UPM Institutional Repository

Hubungan antara iklim organisasi, tekanan kerja, dan prestasi kerja pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri Zon Utara, Malaysia


Citation

Othman, Zulfadli (2014) Hubungan antara iklim organisasi, tekanan kerja, dan prestasi kerja pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri Zon Utara, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji Hubungan Antara Iklim Organisasi, Tekanan Kerja, dan Prestasi Kerja Pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Zon Utara, Malaysia. Fokus kajian ini menentukan tahap prestasi kerja pegawai JPN, menentukan tahap iklim organisasi pegawai JPN, menentukan tahap tekanan kerja yang dialami oleh pegawai JPN, menetukan tahap perkaitan antara dimensi iklim organisasi dan tekanan kerja dengan prestasi kerja pegawai JPN, melihat perbezaan prestasi mengikut demografi dan melihat pengaruh iklim organisasi dan tekanan kerja terhadap prestasi kerja. Hasil kajian berkaitan tahap prestasi kerja menunjukkan seramai 75.8% responden berada pada tahap tinggi, 23.7% responden berada pada tahap sederhana manakala 0.5% responden berada pada tahap rendah. Dari aspek iklim organisasi, hasil kajian menunjukkan tahap iklim organisasi reponden berada pada tahap sederhana iaitu seramai 79.0% responden berada pada tahap sederhana, 1.6 % responden berada pada tahap tinggi dan manakala 19.4% responden berada pada tahap yang rendah. Hasil kajian seterusnya berkaitan tahap tekanan kerja secara keseluruhan seramai 92.5% responden berada pada tahap tekanan normal. Hanya seramai 7.5% responden berada pada tahap tekanan kerja sederhana. Tiada seorang pun pegawai di JPN mengalami tahap tekanan tinggi dan sangat tinggi. Dari aspek perkaitan antara pemboleh ubah bebas (iklim organisasi, tekanan kerja) dan pempoleh bersandar (prestasi kerja), hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan pada tahap sederhana di antara ikilm organisasi dengan prestasi kerja pegawai JPN pada α = 0.01 (p < 0.01; r = 0.396). Keadaan ini menunjukkan semakin tinggi iklim organisasi di JPN, semakin tinggi prestasi kerja pegawai. Selain daripada itu kajian juga menunjukkan terdapat hubungan negatif yang signifikan pada tahap sederhana di antara tekanan kerja dengan prestasi kerja pegawai JPN pada α = 0.01 (p < 0.01; r = - 0.481). Ini menunjukkan semakin tinggi tekanan kerja seseorang pegawai, semakin rendah prestasi kerja.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP 2014 46RR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Work - Psychological aspects - Malaysia
Subject: Corporate culture - Malaysia
Subject: Organizational behavior
Call Number: FPP 2014 46
Chairman Supervisor: Profesor Turiman Suandi, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 16 May 2017 09:45
Last Modified: 16 May 2017 09:45
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50639
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item