Citation
Musa, Hashim and Che Rodi, Rozita
(2015)
Ketokohan Hang Tuah dan misinya ke negeri Siam.
Pertanika MAHAWANGSA, 2 (2).
pp. 233-246.
ISSN 2289-7259
Abstract
Artikel ini bertujuan untuk menghuraikan secara ringkas ketokohan watak Hang Tuah dalam masyarakat Melayu. Juga akan dihuraikna misinya ke negeri Siam atas perutusan Sultan Melaka untuk menubuhkan hubungan dipomatik dan membeli gajah, seperti yang tersebut dalam Hikayat Hang Tuah. Kaedah kajian ialah analisis kandungan teks karya Hikayat Hang Tuah naskhah suntingan Kassim Ahmad (1966) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Penemuan kajian ialah bahawa Hang Tuah dengan watakanya yang cemerlang telah menjadi tokoh wira bangsanya sepanjang zaman. Ini digambarkan dengan jelas dalam misinya ke negeri Siam. Dengan ilmu, kebijaksanaan diplomasi dan kepetahan berbahasa, Hang Tuah dapat mengatasi pelbagai cabaran semasa di negeri Siam. Juga dengan sifat keperwiraan dan keberaniannya, Hang Tuah dapat mengalahkan pendekar Samurai Jepun yang cuba membunuhnya dan merempuh istana Raja Siam dan membunuh baginda. Ini telah menawan hati Raja Siam Phra Chau sehingga mendapat pujian dan anugerah daripada Baginda. Seterusnya angkatan laut Hang Tuah juga dapat menewaskan angkatan laut Jepun yang menyerang mereka ketika belayar balik ke Melaka. Iktibar daripada kisah keistimewaan peribadi Hang Tuah yang dilukiskan oleh pengarangnya dengan pelbagai episod yang menakjubkan mungkin dalam bentuk simbol, untuk mengajar orang Melayu sehingga ke akhir zaman, bagaimana hendak menangani cabaran dan rintangan, iaitu dengan ilmu, akal yang bijak, kefasihan berkomunikasi dan kearifan diplomasi, kehalusan budi bahasa dan ketekalan adat susila, keberanian, keperwiraan, dan kecekalan menghadapi musuh.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |