UPM Institutional Repository

Hubungan antara sikap terhadap komputer dengan efikasi swadiri komputer dalam kalangan murid Melayu di Kelantan


Citation

Mohd Ariffin, Nadia Hidayah and Mohd Ayub, Ahmad Fauzi and Wan Jaafar, Wan Marzuki (2015) Hubungan antara sikap terhadap komputer dengan efikasi swadiri komputer dalam kalangan murid Melayu di Kelantan. Pertanika MAHAWANGSA, 2 (2). pp. 195-210. ISSN 2289-7259

Abstract

Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) memerlukan murid sekolah untuk mempersiapkan diri mereka dengan kemahiran menggunakan pelbagai teknologi seperti Internet dan komputer. Dua aspek penting yang perlu dimiliki oleh murid adalah efikasi swadiri komputer dan sikap terhadap komputer. Kertas ini akan membincangkan hubungan antara efikasi swadiri komputer dengan sikap terhadap komputer dalam kalangan 413 orang murid Melayu di negeri Kelantan. Murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada mereka yang mengambil mata pelajaran Information and Comunication Technology Literacy (ICTL) di peringkat sekolah menengah. Pemilihan responden telah dijalankan secara rawak. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Computer Self Efficacy oleh Murphy, Coover dan Owen (1989) dan Computer Attitude Scale oleh Jones dan Clark (1994). Secara keseluruhan, purata skor bagi efikasi swadiri komputer adalah baik (Min = 3.93; SP = 0.34) dan murid menunjukkan sikap yang positif terhadap komputer (Min = 3.78; SP = 0.32). Hasil kajian ini juga mendapati terdapat hubungan signifikan antara sikap terhadap komputer dengan efikasi swadiri komputer murid samada secara keseluruhan mahupun jika ditinjau melalui setiap dimensi sikap murid.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Hubungan antara sikap terhadap komputer dengan efikasi swadiri komputer dalam kalangan murid Melayu di Kelantan.pdf

Download (36kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://www.fbmk.upm.edu.my/sp/page/2864/jbbwm-bm

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Institute for Mathematical Research
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Affective; Attitudes towards computer; Cognitive and behaviour; Computer self-efficacy
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 28 Feb 2017 07:28
Last Modified: 28 Feb 2017 07:28
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50409
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item