UPM Institutional Repository

Pengaruh bahasa Melayu dalam penukaran kod pelajar Pusat Bahasa Jepun OISCA-MARA


Citation

Abdullah, Muhammad Alif Redzuan and Abd Rahim, Normaliza and Bolong, Jusang and Mohd Zin, Zaid (2015) Pengaruh bahasa Melayu dalam penukaran kod pelajar Pusat Bahasa Jepun OISCA-MARA. Pertanika MAHAWANGSA, 2 (1). pp. 47-62. ISSN 2289-7259

Abstract

Kajian ini berfokus untuk menganalisis pengaruh bahasa Melayu dalam penukaran kod dalam kalangan pelajar Melayu yang mempelajari bahasa Jepun di Pusat Bahasa Jepun OISCA-MARA, Institut Perindustrian Malaysia – Jepun, Beranang, Selangor Darul Ehsan. Sampel kajian belajar bahasa Jepun selama lapan bulan sebelum meneruskan pengajian ke Jepun untuk latihan perindustrian selama tiga tahun. Kecenderungan menukar kod semasa berkomunikasi merupakan perkara biasa dalam masyarakat Malaysia yang bilingual dan multilingual. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti fungsi komunikasi dan melihat keberkesanan komunikasi lisan dalam penggunaan penukaran kod daripada bahasa Jepun kepada bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA. Seramai lapan orang responden terlibat dalam kajian ini. Responden diminta melakukan tiga tugasan lisan yang dirakam melalui perakam video dan IC Recorder. Kajian ini menggunakan kaedah penganalisisan kualitatif dengan mengguna pakai fungsi komunikasi penukaran kod seperti yang digariskan oleh Gumpertz (1977), Kachru (1983), Rayfield (1970) dan Poplack (1988) untuk mengesan fungsi penukaran kod yang sering digunakan oleh responden kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat enam jenis fungsi komunikasi penukaran kod yang sering digunakan oleh responden kajian ketika berinteraksi dengan pasangan mereka. Di samping itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa penukaran kod tidak membantu penutur untuk menyampaikan mesej kepada pasangannya kerana tidak ada persamaan antara bahasa Jepun dengan bahasa Melayu.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Pengaruh bahasa Melayu dalam penukaran kod pelajar Pusat Bahasa Jepun OISCA-MARA.pdf

Download (52kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://www.fbmk.upm.edu.my/sp/page/2864/jbbwm-bm

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Malay language; Japanese language; Communication functions; Code switching; OISCA-MARA Japanese Language Center
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 28 Feb 2017 07:28
Last Modified: 28 Feb 2017 07:28
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50406
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item