UPM Institutional Repository

Penggunaan perkataan semua tujuan dalam pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Perancis: satu perbandingan


Citation

Abdul Halim, Hazlina and Abd Rahim, Normaliza and Mamat, Roslina (2015) Penggunaan perkataan semua tujuan dalam pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Perancis: satu perbandingan. Pertanika MAHAWANGSA, 2 (1). pp. 1-14. ISSN 2289-7259

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membandingkan strategi penggunaan perkataan untuk semua tujuan yang digunakan oleh pelajar Melayu yang mengambil mata pelajaran Bahasa Perancis sebagai bahasa asing dan pelajar Perancis yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Seramai 15 orang responden terlibat dalam kajian ini. Mereka diminta melakukan satu set aktiviti penulisan. Kajian ini menggunakan kaedah penganalisisan kualitatif dan kuantitatif yang diubah suai daripada kerangka definisi penggunaan perkataan semua tujuan oleh Dörnyei (1995). Hasil kajian mendapati bahawa pelajar Melayu banyak menggunakan strategi penggunaan perkataan untuk semua tujuan pada artikel kata nama, kata kerja, kata posesif dan preposisi, sementara pelajar Perancis pula menggunakan strategi ini pada imbuhan, kata nama dan kata jamak. Kajian ini memberikan implikasi pedagogi untuk menarik perhatian guru bahasa Perancis dan bahasa Melayu tentang perspektif pelajar yang berbeza terhadap penggunaan strategi ini. Kajian ini juga dapat memberikan gambaran bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Penggunaan perkataan semua tujuan dalam pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Perancis satu perbandingan.pdf

Download (36kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://www.fbmk.upm.edu.my/sp/page/2864/jbbwm-bm

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: French language; Malay students; French students; Malay learners; All-purpose-word strategy
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 28 Feb 2017 07:28
Last Modified: 28 Feb 2017 07:28
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50403
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item