Citation
Alias, Maridah
(2005)
Kesesuaian Novel Komponen Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu.
PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mendapat maklumat dan rumusan tentang unsur-unsur
yang membentuk struktur penceritaan novel-novel komponen sastera dan
menemukan kesesuaiannya dengan kurikulum. Melalui 20 buah novel yang
dijadikan bahan kajian menggunakan pendekatan strukturalisme dan psikoanalisis
diharapkan dapat menemukan rumusan yang memperkukuh lagi kenyataan bahawa
struktur penceritaan novel-novel yang dikaji bersesuaian dengan kurikulum
khususnya kurikulum Bahasa Melayu. Objektif kajian ini adalah untuk
menganalisis aspek-aspek dalaman dalam novel-novel yang menjadi bahan kajian.
Seterusnya, penelitian ditumpukan kepada kesesuaian aspek-aspek dalaman novel
dengan kurikulum.
iv
Penyelidikan ini menyentuh tentang beberapa kajian lalu yang menjurus ke arah
kajian struktur yang menjadikan novel sebagai bahan kajiannya. Perbicaraan
tentang peranan penggunaan novel komponen sastera dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu turut dibincangkan dengan memberi tumpuan
terhadap peranan dan fungsi novel kepada pelajar. Di samping memberi hiburan
dan pengajaran, melalui pembacaan novel juga dapat memupuk minat membaca,
membina nilai moral positif pelajar dan memupuk semangat kewarganegaraan di
kalangan pelajar.
Kajian ini juga menganalisis aspek-aspek dalaman yang menjadi kekuatan dalam
pemilihan novel yang merangkumi tema, plot, watak dan perwatakan, latar dan
gaya bahasa dari sudut sosiobudaya, sosioekonomi dan sosiopolitik. Aspek ini
diteliti sewajar mungkin untuk melihat kaitan dan hubungan yang membentuk
struktur penceritaannya.
Seterusnya, hasil penganalisisan, pengkaji menemukan kesesuaian aspek-aspek
dalaman novel dengan kurikulum yang didasari oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Novel yang sesuai dengan dasar
kurikulum penting untuk mencapai penghasilan pembelajaran yang dihasratkan.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |