UPM Institutional Repository

Pembinaan modul motivasi bagi pelajar sekolah menengah


Citation

Muhamad Arsad, Nurul Fatin (2013) Pembinaan modul motivasi bagi pelajar sekolah menengah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan membina modul motivasi untuk membantu pelajar meningkatkan motivasi diri agar dapat menetapkan matlamat yang betul dalam kehidupan. Pembinaan modul ini mengaplikasikan pendekatan Model Pembinaan Modul Sidek (2001) yang merupakan satu model integrasi yang lebih komprehensif. Kombinasi kajian deskriptif dan kajian eksperimen telah digunakan di mana kajian deskriptif melibatkan pembinaan modul motivasi yang mengkaji aspek kesahan dan kebolehpercayaan modul. Manakala,kajian eksperimen kumpulan rawak, ujian pra dan ujian pasca bertujuan menguji aspek keberkesanan modul ke atas tahap motivasi pencapaian pelajar. Seramai 60 orang pelajar sekolah menengah dibahagikan kepada dua kumpulan secara rawak bagi membentuk kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Kumpulan eksperimen menjalani modul motivasi yang dibina, manakala kumpulan kawalan tidak menerima sebarang rawatan. Dapatan menunjukkan, nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang diperoleh adalah .75 dan .962. Manakala, dapatan kajian eksperimen mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap motivasi pencapaian dalam ujian pasca di antara kumpulan kawalan dengan kumpulan eksperimen. Sebagai hasilnya, satu modul motivasi yang mengandungi 12 aktiviti telah dibina. Modul ini dibina berdasarkan enam tema motivasi pencapaian yang dibangunkan oleh Abu Bakar Nordin (1995) menerusi Teori Motivasi Pencapaian McClelland (1961). Tema tersebut adalah perancangan matlamat, ketabahan, jangkaan terhadap kejayaan, kebimbangan, kesanggupan menghadapi risiko dan sikap. Menerusi kajian ini, modul yang dibina telah dibuktikan kualitinya dari aspek kesahan kandungan, kebolehpercayaan dan keberkesanan yang tinggi. Perkara ini membuktikan bahawa modul ini berpotensi menjadi salah satu bahan yang berguna kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk diaplikasikan di sekolah menengah bagi tujuan mengadakan program motivasi pelajar.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP 2013 76RR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Motivation in education
Subject: Secondary school - Malaysia
Call Number: FPP 2013 76
Chairman Supervisor: Prof. Madya Haji Jamaludin Bin Haji Ahmad, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 27 Feb 2017 04:11
Last Modified: 27 Feb 2017 04:11
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/49794
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item