Citation
Muhamad Arsad, Nurul Fatin
(2013)
Pembinaan modul motivasi bagi pelajar sekolah menengah.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan membina modul motivasi untuk membantu pelajar meningkatkan motivasi diri agar dapat menetapkan matlamat yang betul dalam kehidupan. Pembinaan modul ini mengaplikasikan pendekatan Model Pembinaan Modul Sidek (2001) yang merupakan satu model integrasi yang lebih komprehensif. Kombinasi kajian deskriptif dan kajian eksperimen telah digunakan di mana kajian deskriptif melibatkan pembinaan modul motivasi yang mengkaji aspek kesahan dan kebolehpercayaan modul. Manakala,kajian eksperimen kumpulan rawak, ujian pra dan ujian pasca bertujuan menguji aspek keberkesanan modul ke atas tahap motivasi pencapaian pelajar. Seramai 60 orang pelajar
sekolah menengah dibahagikan kepada dua kumpulan secara rawak bagi membentuk kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Kumpulan eksperimen menjalani modul
motivasi yang dibina, manakala kumpulan kawalan tidak menerima sebarang rawatan. Dapatan menunjukkan, nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang diperoleh adalah .75
dan .962. Manakala, dapatan kajian eksperimen mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap motivasi pencapaian dalam ujian pasca di antara kumpulan
kawalan dengan kumpulan eksperimen. Sebagai hasilnya, satu modul motivasi yang mengandungi 12 aktiviti telah dibina. Modul ini dibina berdasarkan enam tema motivasi
pencapaian yang dibangunkan oleh Abu Bakar Nordin (1995) menerusi Teori Motivasi Pencapaian McClelland (1961). Tema tersebut adalah perancangan matlamat, ketabahan,
jangkaan terhadap kejayaan, kebimbangan, kesanggupan menghadapi risiko dan sikap. Menerusi kajian ini, modul yang dibina telah dibuktikan kualitinya dari aspek kesahan
kandungan, kebolehpercayaan dan keberkesanan yang tinggi. Perkara ini membuktikan bahawa modul ini berpotensi menjadi salah satu bahan yang berguna kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk diaplikasikan di sekolah menengah bagi tujuan mengadakan program motivasi pelajar.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |