Citation
Alavi, Khadijah and Md. Sail, Rahim
(2010)
Peranan wanita Melayu dalam proses penjagaan ibu bapa tua: dilema dan cabaran dalam era globalisasi.
Kajian Malaysia, 28 (2).
pp. 71-105.
ISSN 0127-4082; ESSN: 2180-4273
Abstract
Peningkatan bilangan warga tua (60 tahun ke atas) di beberapa negara Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia semakin membimbangkan. Kepadatan penduduk warga tua di Malaysia dijangka akan meningkat kepada 2.2 juta orang pada tahun 2020. Statistik juga menunjukkan bahawa kadar kelahiran terus menurun beberapa dekad kebelakangan ini. Statistik ini menghuraikan satu fenomena global berkaitan dengan anak dewasa yang menjaga ibu bapa tua mereka. Fenomena anak dewasa yang menggalas beban penjagaan (kerjaya, menjaga keluarga sendiri, dan menjaga ibu bapa tua) kurang dikaji dan diperbincangkan. Artikel ini meninjau pengalaman penjagaan yang dilalui oleh anak dewasa (wanita) yang menjaga warga tua dengan menggunakan teori peranan. Pengumpulan data telah dilaksanakan terhadap 8 orang responden menggunakan kaedah temu bual mendalam dan 399 orang responden menggunakan kaedah tinjauan. Hasil kajian daripada kedua-dua pendekatan menunjukkan bahawa wanita lebih banyak terlibat dalam penjagaan warga tua. Ibu bapa tua juga mengharapkan bantuan dan sokongan daripada anak perempuan. Fenomena ini boleh memberi implikasi kepada kerjaya wanita, keluarga dan pembangunan negara. Artikel ini merumuskan bahawa dalam era globalisasi, majikan perlu mengambil kira masa anjal di tempat kerja, peningkatan sistem sokongan formal dan informal bagi membantu wanita dalam mengharungi dilema dan cabaran penjagaan warga tua, anak, keluarga dan kerjaya wanita, di samping untuk mencapai masyarakat penyayang dan budaya ikram yang boleh dipupuk seiring dengan pembangunan negara maju.
Download File
Preview |
|
PDF (Abstrak)
Peranan wanita Melayu dalam proses penjagaan ibu bapa tua dilema dan cabaran dalam era globalisasi.pdf
Download (35kB)
| Preview
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |