Citation
Mohd Shariff, Zalilah
(2002)
Women's participation in household decision making and implementation - a case of urban low income households in Kuala Lumpur.
Kajian Malaysia, 20 (2).
pp. 33-56.
ISSN 0127-4082; ESSN: 2180-4273
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk menentukan kesahihan instrumen untuk menilai pembuatan dan pelaksanaan keputusan dalam isi rumah oleh wanita. Secara khususnya, kajian ini membandingkan penglibatan ibubapa dalam pembuatan dan pelaksanaan keputusan, seterusnya menentukan faktor-faktor yang menyumbang kepada pembuatan dan pelaksanaan keputusan isi rumah oleh ibu. Subjek terdiri daripada wanita berbangsa Melayu daripada isi rumah berpendapatan rendah di Kuala Lumpur. Pengumpulan data dilakukan melalui temu bual dengan ibu dengan menggunakan borang soalselidik berstruktur yang telah diuji kesahihannya. Maklumat yang diperoleh dianalisis secara deskriptif serta menggunakan ujian-T berpasangan dan one-way ANOVA. Hasil kajian mendapati bahawa bapa lebih menglibatkan diri dalam proses pembuatan dan pelaksanaan keputusan berbanding ibu terutamanya dalam aspek pendapatan dan perbelanjaan keluarga (p < 0.001), sementara ibu lebih mendominasi aspek-aspek berkaitan makanan dan penjagaan anak, kesihatan serta pemberian makanan. Terdapat perbezaan yang signifikan antara penglibatan ibu dan bapa dalam proses pelaksanaan keputusan (p < 0.01) tetapi tiada perbezaan didapati dalam proses pembuatan keputusan. Secara keseluruhannya didapati ibu lebih menglibatkan diri dalam pelaksanaan keputusan berbanding pembuatan keputusan isi rumah. Terdapat perbezaan yang signifikan untuk penglibatan ibu dalam pembuatan dan pelaksanaan keputusan mengikut status pekerjaan dan pendapatan yang diperoleh oleh ibu. Ibu yang bekerja (p < 0.01) dan mempunyai pendapatan sendiri (p < 0.001) lebih menglibatkan diri dalam pembuatan dan pelaksanaan keputusan secara keseluruhannya. Pekerjaan ibu dan pendapatan yang diperoleh mungkin merupakan antara faktor yang menyumbang kepada autonomi di kalangan wanita dan secara tidak langsung meningkatkan imej diri dan mempengaruhi status kesihatan dan pemakanan anak mereka. Kesimpulannya, hasil kajian menunjukkan kesahihan instrumen yang digunakan dan menyokong kepentingan melihat proses pembuatan dan pelaksanaan keputusan isi rumah sebagai dua mekanisme yang berbeza.
Download File
Preview |
|
PDF (Abstrak)
Women's participation in household decision making and implementation - a case of urban low income households in Kuala Lumpur.pdf
Download (37kB)
| Preview
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |