UPM Institutional Repository

Perhubungan gender dalam masyarakat tradisional berdasarkan Hikayat Patani


Citation

Anwar, Suhadan and Noor Muhammad, Salmah Jan (2016) Perhubungan gender dalam masyarakat tradisional berdasarkan Hikayat Patani. Journal of Business and Social Development, 4 (2). pp. 25-47. ISSN 2289-2915

Abstract

Kajian ini berusaha untuk membincangkan tentang perhubungan gender dalam Hikayat Patani melalui perspektif gender dalam masyarakat Melayu tradisional. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti corak hubungan gender dalam Hikayat Patani dan menganalisis peranan dan kedudukan wanita dalam masyarakat tradisional. Hal ini kerana masyarakat Melayu tradisional memandang wanita dengan sifat-sifat stereotaip atau ‘sendeng gender’ dan hanya diberikan peranan di ruang domestik (ruang dapur). Namun, Hikayat Patani telah menafikan hal ini dengan menonjolkan beberapa orang wanita sebagai pemerintah atau raja dalam negeri-negeri mereka. Dalam hal ini, kajian ini dapat menonjolkan peranan dan pemikiran masyarakat Melayu tradisional berkaitan dengan kedudukan dan peranan lelaki dengan wanita, khususnya masyarakat Melayu Patani. Kajian ini mendapati bahawa masih wujud sendeng gender atau bias gender walaupun wanita telah menjadi pemimpin atau raja dalam sistem kemasyarakatan. Namun, peranan wanita sebagai seorang pemimpin telah mampu untuk menonjolkan potensi mereka sebagai seorang yang berkebolehan dalam ruang awam seperti lelaki.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Perhubungan gender dalam masyarakat tradisional berdasarkan Hikayat Patani.pdf

Download (48kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://jbsd.umt.edu.my/?page_id=285

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu
Keywords: Gender; Malay traditional; Malay-Muslim tradition; Feminisme; Patriarchy; Stereotypes; Women
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 01 Nov 2016 05:02
Last Modified: 01 Nov 2016 05:02
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48858
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item