UPM Institutional Repository

Nilai baik hati menerusi cerita rakyat Melayu terhadap masyarakat Melayu suatu aplikasi Teori Pengkaedahan Melayu


Citation

Che Yaacob, Mohd Firdaus and Abd Rahim, Normaliza (2016) Nilai baik hati menerusi cerita rakyat Melayu terhadap masyarakat Melayu suatu aplikasi Teori Pengkaedahan Melayu. Journal of Business and Social Development, 4 (2). pp. 48-57. ISSN 2289-2915

Abstract

Cerita rakyat merupakan salah satu khazanah sastera Melayu yang cukup tenar hidup dalam masyarakat Melayu tradisional dan ia disampaikan secara lisan. Oleh itu, cerita rakyat sarat dengan perutusan nilai. Ini diterjemahkan menjadi nasihat yakni pengajaran. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti dan menganalisis nilai baik hati menerusi cerita rakyat Melayu, khususnya kepada masyarakat Melayu. Nilai murni seperti baik hati kepada masyarakat Melayu sangat penting dijadikan sebagai satu medium perantaraan untuk mendidik moral masyarakat Melayu. Sesungguhnya setiap cerita-cerita rakyat yang didengari atau dibaca oleh masyarakat Melayu itu berupaya meresapkan idea dalam pemikirannya dan akan kekal menjadi ingatan sampai bila-bila. Jika baik olahan nilai murni dalam setiap cerita-cerita rakyat tersebut ia mampu membentuk nilai moral yang tinggi kepada masyarakat Melayu. Kajian yang dijalankan ini tertumpu untuk mengenal pasti dan menganalisis nilai murni baik hati dalam cerita rakyat Melayu. Teori Pengkaedahan Melayu digunakan untuk diaplikasikan dalam memantapkan lagi kajian ini. Hasil kajian mendapati cerita rakyat Melayu mempunyai hampir sepenuhnya nilai baik hati yang mempunyai fungsi penting dalam kalangan masyarakat Melayu.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Nilai baik hati menerusi cerita rakyat Melayu terhadap masyarakat Melayu suatu aplikasi Teori Pengkaedahan Melayu.pdf

Download (36kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://jbsd.umt.edu.my/?page_id=285

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu
Keywords: Malay folklore; Values; Kindness; Malay Methodology theory; Malay community
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 01 Nov 2016 05:02
Last Modified: 01 Nov 2016 05:02
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48857
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item