Citation
Razali, Nur Hafizah and Abd Rahim, Normaliza
(2016)
Makna ujaran masyarakat Banjar dari sudut pragmatik.
Journal of Business and Social Development, 4 (1).
pp. 55-64.
ISSN 2289-2915
Abstract
Kajian ini memberi penelitian terhadap ujaran yang berlaku dalam kalangan masyarakat Banjar di Selangor. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan membincangkan ujaran dalam kalangan masyarakat Banjar dari sudut semantik dan pragmatik. Sampel kajian terdiri daripada beberapa buah keluarga di Pulau Carey, Kuala Langat, Selangor. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang terdiri daripada kaedah pemerhatian dan temu bual. Teknik kajian adalah dengan menemu bual setiap keluarga dan merakam perbualan mereka ketika mereka berkumpul untuk sambutan perayaan, majlis bertunang dan kenduri kahwin. Seterusnya, transkrip perbualan dianalisis dari sudut pragmatik dengan menggunakan Teori Relevans oleh Sperber dan Wilson (1986). Hasil kajian mendapati makna ujaran dapat dianalisis dengan jelas apabila ilmu pragmatik diaplikasikan. Hal ini kerana, ilmu pragmatik mampu mengungkapkan makna yang disampaikan berdasarkan konteks situasi yang sebenar. Bagi memahami makna sesuatu ujaran, beberapa aspek seperti konteks, kesan konteks dan kos memproses perlu dilihat berdasarkan Teori Relevans. Oleh itu, makna sesuatu ujaran bergantung kepada konteks dan situasi sebenar yang dapat dimanifestasikan.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |