UPM Institutional Repository

Faktor-faktor penentu kesejahteraan kewangan pekerja sektor awam berkahwin di Malaysia


Citation

Ramli, Zaimah and Awang, Abd Hair and Md Sum, Sarmila and Masud, Jariah and Haron, Sharifah Azizah and Othman, Mumtazah (2014) Faktor-faktor penentu kesejahteraan kewangan pekerja sektor awam berkahwin di Malaysia. In: Ninth Malaysian National Economic Conference (PERKEM), 17-19 Oct. 2014, Kuala Terengganu, Terengganu. (pp. 804-812).

Abstract

Artikel ini bertujuan menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kesejahteraan kewangan pekerja berkahwin dalam sektor awam di Malaysia. Reka bentuk kuantitatif menggunakan kaedah survei diaplikasikan dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada pekerja berkahwin dalam sektor awam, iaitu fokus kepada pekerja yang mempunyai suami atau isteri yang juga bekerja (keluarga dwi-pendapatan). Unit analisis adalah individu, sama ada suami atau isteri. Sejumlah 415 responden terlibat dalam kajian ini. Analisis regresi pelbagai digunakan bagi menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kesejahteraan kewangan responden. Hasil kajian menunjukkan umur, pendapatan bulanan, pemilikan rumah, bilangan produk kewangan, sumbangan pendapatan dalam keluarga, tingkah laku kewangan dan pembuatan keputusan kewangan suami mempunyai hubungan dengan tahap kesejahteraan kewangan pekerja berkahwin dalam keluarga dwi-pendapatan.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Faktor-faktor penentu kesejahteraan kewangan pekerja sektor awam berkahwin di Malaysia.pdf

Download (35kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Human Ecology
Institute of Gerontology
Publisher: School of Economics, Faculty of Economics and Management, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Financial well-being; Financial knowledge; Financial behavior; Married workers; Dual-income families
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 01 Nov 2016 04:50
Last Modified: 01 Nov 2016 04:50
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48851
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item