Citation
Mohamad Akhir, Noor Haslina and Ismail, Normaz Wana
(2015)
Permasalahan dalam pembangunan industri batik di Terengganu.
In: Tenth Malaysian National Economic Conference (PERKEM), 18-20 Sept. 2015, Melaka, Malaysia. (pp. 239-246).
Abstract
Malaysia merupakan sebuah negara yang dikenali dengan kepelbagaian hasil kraf tempatan. Majlis Kraf Dunia-Asia Pasifik mengiktiraf batik Malaysia sebagai salah satu kraf tempatan yang terkenal di peringkat global. Batik adalah satu teknik untuk menghiasi kain dengan rekaan corak yang menggunakan lilin sebagai penahan untuk menghalang warna menembusi bahagian lain atas kain yang telah dicorakkan. Sebagai industri luar bandar, batik mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan kemudiannya menjadi penyumbang utama kepada pendapatan isi rumah. Pada hakikatnya, batik boleh bertindak sebagai kain, kraf dan seni Malaysia pelbagai fungsi. Oleh yang demikian, batik telah diiktiraf sebagai produk warisan negara yang bernilai tinggi. Melalui konsep 1Malaysia, batik telah diklasifikasikan sebagai pakaian kebangsaan dan mampu menjadi penyatu dalam sesebuah negara berbilang kaum. Sebagai produk warisan, batik mampu menyokong aktiviti pelancongan kebudayaan dan industri fesyen negara. Situasi ini menunjukkan batik mempunyai permintaan dalam pasaran tempatan dan luar Negara. Namun, prestasi sebahagian besar firma batik masih lagi didominasi oleh perniagaan perusahaan kecil dan sederhana. Malah, sebilangan dari perusahaan batik adalah bersifat mikro. Bilangan pekerja yang kebanyakannya telah berusia dan kebergantungan yang tinggi terhadap bahan mentah dari luar menjadi isu utama kepada masa hadapan industri batik negara. Maka, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh pengusaha batik dalam pembangunan industri batik negara. Satu kaji selidik yang ditadbir sendiri di kalangan 21 pengusaha batik telah dilaksanakan di Terengganu. Dapatan kajian menunjukkan permasalahan dalam industri batik melibatkan bahan mentah, pekerja, dan pasaran dan persaingan. Oleh itu, kerajaan dan agensi yang berkaitan perlu memberi tumpuan kepada isu-isu ini bagi memastikan kemampanan industri ini pada masa hadapan dan generasi muda dapat memahami batik sebagai promotor budaya Malaysia dan warisan bernilai tinggi yang perlu dipelihara.
Download File
Preview |
|
PDF (Abstrak)
Permasalahan dalam pembangunan industri batik di Terengganu.pdf
Download (36kB)
| Preview
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |