Citation
Musa, Hashim and Che Rodi, Rozita
(2013)
Dasar pembangunan negara Malaysia secara ekuitabel ke arah negara maju melalui wahana bahasa kebangsaan.
In: Eighth Malaysian National Economic Conference (PERKEM VIII), 7-9 June 2013, KSL Hotel & Resort, Johor Bahru, Johor, Malaysia. (pp. 279-296).
Abstract
Wawasan 2020 menyasarkan pembangunan Malaysia mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Pentakrifan negara maju oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ialah keadaan apabila majoriti penduduknya menikmati taraf hidup yang tinggi, iaitu dengan HDI (Human Development Index) kadar 0.800 ke atas yang diukur berdasarkan indeks kesihatan (berdasarkan jangka hayat), indeks pendidikan (berdasarkan jumlah tahun persekolahan) dan indeks pendapatan (berdasarkan GNI per kapita). Dalam kertas ini akan dibincangkan konsep dan tahap pembangunan dan kemajuan negara, konsep pembangunan negara secara ekuitabel, perancangan bahasa demi pembangunan negara, dasar bahasa di Malaysia dan isu perpaduan dan pembangunan negara secara ekuitabel, akibat daripada penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pendidikan, sains dan teknologi di negara membangun, politik dan propaganda keunggulan bahasa Inggeris dan tamadun barat ke atas dunia global, dan penyampaian dan pembudayaan ilmu dan teknologi dalam bahasa kebangsaan demi pembangunan negara dan sumber daya tenaga manusia yang ekuitabel dan menyeluruh.
Download File
Preview |
|
PDF (Abstrak)
Dasar pembangunan negara Malaysia secara ekuitabel ke arah negara maju melalui wahana bahasa kebangsaan.pdf
Download (36kB)
| Preview
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |