UPM Institutional Repository

Terpretasi pragmatik terhadap unsur flora dan fauna dalam pantun Melayu


Citation

Abdul Rahman, Farahanum (2013) Terpretasi pragmatik terhadap unsur flora dan fauna dalam pantun Melayu. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Pantun mengungkapkan nilai kemasyarakatan, adat dan budaya Melayu, nilai ekonomi, nilai ilmu keagamaan serta nilai ilmu sains dan teknologi. Segala yang dilahirkan melalui pantun adalah berupa nasihat, dengan berbagai-bagai ragam bahasa yang tinggi dan bernilai sastera. Terdapat banyak kajian yang dijalankan mengenai pantun. Walau bagaimanapun, kajian ini dijalankan untuk menambah dan memperbaiki penyelidikan berkaitan dengan pantun. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menginterpretasi unsur flora dan fauna yang melambangkan sikap dan sifat manusia dalam pantun Melayu, dan merumuskan sejauh manakah unsur flora dan fauna yang terkandung dalam pantun Melayu telah mempengaruhi kehidupan masyarakat. Dalam kajian ini, kaedah yang digunakan adalah kaedah kepustakaan dan analisis teks. Teori yang digunakan pula ialah teori relevans. Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa pantun terdapat pelbagai unsur flora dan fauna yang wujud dalam pantun Melayu. Setiap unsur flora dan fauna yang terdapat dalam pantun-pantun tersebut mempunyai makna yang tersendiri dalam menterjemahkan maksud yang tersirat di sebalik sesebuah rangkap pantun. Kreativiti yang diperlihatkan dalam penciptaan pantun-pantun tersebut diperlihatkan menerusi garapan pantun yang seimbang di mana ruang litupnya masih berada dalam lingkungan adat, cara hidup dan budaya masyarakat yang mendasarinya.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK 2013 45R.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Poets, Malay
Subject: Poetry - Psychological aspects
Call Number: FBMK 2013 45
Chairman Supervisor: Zaitul Azma Zainon Hamzah, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 14 Sep 2016 08:51
Last Modified: 14 Sep 2016 08:51
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48443
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item