UPM Institutional Repository

Strategi mahasiswa antarabangsa dalam penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa asing


Citation

Yong, Chyn Chye (2012) Strategi mahasiswa antarabangsa dalam penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Tesis ini merincikan strategi mahasiswa antarabangsa dalam penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa asing secara formal dan tidak formal di Universiti Multimedia, Cyberjaya. Kajian ini penting demi memartabatkan bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa antarabangsa sempena hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan tinggi serantau. Persoalannya, usaha membina kaedah pengajian BM yang efektif terbatas kepada ketandusan usaha penilaian yang fokus kepada pembelajaran BM sebagai bahasa asing (BA), khasnya bagi golongan mahasiswa antarabangsa yang menuntut di institusi pengajian tinggi swasta. Lebihlebih lagi, keberkesanan strategi pembelajaran bahasa Melayu (SPBM) dan peranan ekstralinguistik kurang diberikan perhatian oleh penyelidik tempatan. Bagi kajian ini, Teori Taksonomi Strategi Pembelajaran O'Malley dan Chamot (1990) telah diaplikasikan untuk mengenal pasti SPBM mahasiswa antarabangsa. Seterusnya,keberkesanan SPBM dan hubung kaitnya dengan faktor ekstralinguistik dikaji berpandukan Teori Sosiopsikologi Gardner dan Lambert (1972). Kajian ini kemudian mengklasifikasikan kesilapan leksikal BM mengikut demografi melalui pendekatan anal isis kesilapan Corder (1974). Pada akhimya, keseluruhan dapatan kajian ini dimanfaatkan untuk menghasilkan perisian khusus untuk mempelajari BM sebagai BA. Kajian ini melibatkan kaedah kepustakaan, tinjauan dan pemerhatian di dalam kelas. Sampel kajian merangkumi 114 orang mahasiswa antarabangsa Trimester 2,2010/2011 dan Trimester 3, 2010/2011 dari 21 negara. Semua sampel kajian ini telah mengikuti kursus Bahasa Kebangsaan B selama 14 minggu di Universiti Multimedia,Cyberjaya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa proses pembelajaran BM banyak berlaku di dalam kelas secara formal manakala keterandalan kepada tenaga pengajar menjadi strategi utama mahasiswa antarabangsa. Namun, mereka jarang menggunakan bahan rujukan dan jarang mengaplikasikan pembelajaran kendiri (self study) tanpa tunjuk ajar daripada tenaga pengajar. SPBM juga kurang digunakan dalam situasi tidak formal dan BM jarang dipraktik sebagai wahana penyampaian ataupun penerimaan maklumat. Mahasiswa antarabangsa bersetuju bahawa aplikasi SPBM didorong oleh faktor ekstralinguistik, khasnya faktor integrasi. Manakala faktor keunikan BM dianggap kurang penting dalam SPBM secara formal. Dari segi keberkesanan SPBM,didapati bahawa semakin cenderung mahasiswa asing mengaplikasikan SPBM di dalam kelas, maka semakin tinggi markah yang diperoleh melalui ujian. Dalam anal isis kesilapan, mahasiswa antarabangsa umumnya didapati gagal menguasa"i makna leksikal (kesilapan semantik) secara efektif. Selain itu, kesilapan aspek angka asas paling banyak dikesani dalam ujian semasa. Dari segi demografi kewarganegaraan, kesilapan antara kumpulan mahasiswa Afrika adalah paling ketara dan peratusan kehadiran kuliah mereka adalah rendah berbanding dengan pelajar lain. Dari segi demografi jantina pula, didapati pelajar perempuan lebih banyak melakukan kesilapan. Dari segi demografi umur, penguasaan 8M sebagai bahasa asing dalam kalangan mahasiswa antarabangsa yang berumur muda adalah lebih baik berbanding dengan mereka yang belajar pada peringkat umur lebih lanjut (>26). Seterusnya, hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa pengalaman dan tahap mempelajari bahasa asing yang lain membantu seseorang mahasiswa asing menguasai 8M. Akhir sekali, penyelidik menghasilkan perisian yang khusus untuk mempelajari 8M sebagai 8A. Sementara itu, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan yang perlu diambil kira oleh jentera kerajaan, agensi intelek, ahli bahasa,para penyelidik serta tenaga pengajar yang berperanan sebagai motivator pelajar agar berganding bahu dalam usaha mempertahankan martabat 8M. Selain itu, cabaran global dan kerjasama serantau harus dipertimbangkan dalam usaha mempromosikan 8M sebagai bahasa antarabangsa.


Download File

[img] Text
FBMK 2012 42R(1).pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Malay language - Study and teaching (Higher) - Malaysia
Subject: Malay language - Study and teaching (Higher) - Foreign speakers
Call Number: FBMK 2012 42
Chairman Supervisor: Profesor Madya Vijayaletchumy a/p Subramaniam, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 09 Sep 2016 09:03
Last Modified: 23 Aug 2024 03:43
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48417
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item