UPM Institutional Repository

Persepsi Guru Terhadap Kompetensi Keusahawanan, Keupayaan Guru Mengajar dan Kaedah Pengajaran Keusahawanan dalam Mata Pelajaran Vokasional di Sekolah Menengah Negeri Pahang


Citation

Tam, Phun Khow (2006) Persepsi Guru Terhadap Kompetensi Keusahawanan, Keupayaan Guru Mengajar dan Kaedah Pengajaran Keusahawanan dalam Mata Pelajaran Vokasional di Sekolah Menengah Negeri Pahang. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru mengenai kompetensi keusahawanan, keupayaan guru mengajar dan kaedah pengajaran keusahawanan dalam mata pelajaran vokasional (MPV) di sekolah menengah di Pahang. Kajian ini berbentuk deskriptif yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Instrumen kajian ini terdiri dari tiga pembolehubah iaitu kompetensi keusahawanan, keupayaan guru mengajar dan kaedah pengajaran. Populasi kajian ini terdiri daripada 52 orang guru MPV di negeri Pahang. Analisis data dilakukan dengan menggunakan statistik deskriptif yang melibatkan min, peratusan dan kekerapan. Dapatan kajian menunjukkan kompetensi kewangan dan perakaunan amat diperlukan oleh pelajar diikuti kompetensi pemasaran, kompetensi pengurusan dan kompetensi am. Keupayaan guru mengajar kompetensi keusahawanan secara keseluruhan adalah rendah. Guru mempunyai keupayaan yang tinggi dalam mengajar kompetensi am diikuti kompetensi pengurusan dan kompetensi pemasaran. Keupayaan guru mengajar kompetensi kewangan dan perakaunan adalah rendah. Kaedah pengajaran yang kerap digunakan oleh guru adalah kaedah kuliah, edaran dan kajian kes.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP_2006_8a.pdf

Download (338kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Entrepreneurship - Study and teaching - Pahang.
Call Number: FPP 2006 8
Chairman Supervisor: Suhaida Bt Abdul Kadir, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Rosmieza Mat Jusoh
Date Deposited: 30 Mar 2010 09:52
Last Modified: 27 May 2013 07:18
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4793
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item