UPM Institutional Repository

Adaptasi Kepada Budaya Organisasi dan Kompetensi Komunikasi antara Budaya Pengurus Malaysia dalam Syarikat Multinasional


Citation

Yaakob, Hashim Fauzy (2008) Adaptasi Kepada Budaya Organisasi dan Kompetensi Komunikasi antara Budaya Pengurus Malaysia dalam Syarikat Multinasional. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan kompetensi komunikasi antara budaya dengan adaptasi kepada budaya organisasi di kalangan pengurus Malaysia dalam syarikat multinasional asing yang beroperasi di Malaysia. Kajian ini berasaskan kepada pengintegrasian beberapa teori iaitu teori pengurusan kebimbangan/ketidakpastian (AUM) oleh Gudykunst (1995), teori adaptasi silang budaya (CCAT), oleh Yun Young Kim (2001), model budaya organisasi oleh Harris dan Moran (1991) dan teori sistem. Pengintegrasian dilakukan kerana tidak ada teori secara khusus menghubungkan kompetensi komunikasi antara budaya dan adaptasi dalam organisasi dan begitu juga tidak ada teori khusus menghubungkan kompetensi komunikasi antara budaya dengan adaptasi kepada budaya organisasi. Kajian tinjauan ini menggunakan borang soal selidik tadbir sendiri. Sebanyak 212 responden telah dipilih secara rawak daripada syarikat multinasional asing yang terdapat di Malaysia. Skala Likert-item lima mata digunakan untuk mengukur (a) adaptasi kepada budaya organisasi pengurus Malaysia (b) kompetensi komunikasi antara budaya pengurus Malaysia dan (c) persepsi pengurus Malaysia tentang komunikasi interpersonal mereka dengan ekspatriat. Analisis deskriptif dan inferensi iaitu frekuensi, min, korelasi Pearson, korelasi separa, regresi berganda dan regesi hierakikal digunakan untuk menganalisis data. Kajian mendapati tahap adaptasi kepada budaya organisasi, tahap kompetensi komunikasi antara budaya dan komunikasi interpersonal pengurus Malaysia adalah tinggi menunjukkan mereka kompeten kepada budaya. Pengurus Malaysia juga memilih integrasi berbanding asimilasi, pengasingan dan peminggiran ketika melakukan adaptasi. Kajian juga menyokong bahawa terdapat perkaitan positif antara kompetensi komunikasi antara budaya dengan adaptasi kepada budaya organisasi. Dimensi-dimensi kompetensi komunikasi antara budaya iaitu pengetahuan, motivasi dan kemahiran serta kompetensi komunikasi antara budaya memberi sumbangan kepada adaptasi kepada budaya organisasi. Bagaimanapun kajian ini mendapati komunikasi interpersonal dengan ekspatriat tidak bertindak sebagai moderator kepada sumbangan pengetahuan, motivasi dan kemahiran ke atas adaptasi kepada budaya organisasi, dan sumbangan kompetensi komunikasi antara budaya keseluruhan ke atas adaptasi kepada budaya organisasi. Kajian ini mengemukakan beberapa cadangan termasuk syor supaya dibentuk teori yang khusus tentang kompetensi komunikasi antara budaya dan adaptasi kepada budaya organisasi.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK_2008_1.pdf

Download (386kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Intercultural communication - Executives - Malaysia
Subject: Communication in management - Executives - Malaysia
Call Number: FBMK 2008 1
Chairman Supervisor: Professor Madya Ezhar Tamam, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 31 Mar 2010 00:23
Last Modified: 27 May 2013 07:18
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4760
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item