UPM Institutional Repository

Manifesto barisan nasional sebagai agenda akhbar bahasa melayu semasa tempoh kempen pilihan raya umum


Citation

Hamidi, Ahmad Zahid (2008) Manifesto barisan nasional sebagai agenda akhbar bahasa melayu semasa tempoh kempen pilihan raya umum. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Tujuan utama kajian ini bagi mengenal pasti agenda akhbar bahasa Melayu semasa tempoh kempen pilihan raya umum. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti penggunaan manifesto Barisan Nasional (BN) sebagai agenda akhbar bahasa Melayu ketika pilihan raya umum untuk tahun 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999. Model kajian ini berdasarkan Teori Penentuan Agenda. Satu analisis kandungan telah dilakukan terhadap 50 naskhah Utusan Malaysia dan Berita Harian. Kajian ini mendapati 11 tema utama yang kerap digunakan dalam manifesto Barisan Nasional iaitu politik, dasar luar, pembangunan, ekonomi, sosial, pendidikan, keselamatan, agama, kebajikan pekerja, pertanian dan kualiti hidup. Perkara-perkara tersebut juga merupakan tema utama dalam halaman akhbar bahasa Melayu ketika pilihan raya untuk tahun kajian ini dijalankan. Analisis ini juga mendapati 4461 berita yang dimuatkan dalam manifesto Barisan Nasional menerusi 11 tema berita utama didahului oleh politik dan kualiti kehidupan berada pada senarai terakhir. Kajian ini juga menunjukkan manifesto Barisan Nasional dimuatkan dalam kebanyakan bahagian paparan seperti berita Dalam Negeri, Luar Negara, Ruangan Khas, Ruang Utama, Lidah Pengarang, Iklan, Ekonomi, Asean, Forum, Rencana dan Lain-lain. Di samping itu, liputan mengenai Berita, Rencana, Gambar, Lidah Pengarang, Surat kepada Pengarang, Kartun, Kolumnis dan Komentar juga didapati dalam manifesto Barisan Nasional. Kajian ini jelas menunjukkan agenda kedua-dua akhbar bahasa Melayu di negara ini ketika pilihan raya untuk tahun 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999; dibina berdasarkan kandungan manifesto Barisan Nasional. Terdapat perbezaan yang kecil antara kedua-dua akhbar dari aspek liputan berita terhadap manifesto Barisan Nasional semasa tempoh kempen pilihan raya umum. Kajian ini juga mengukuhkan Teori Penentuan Agenda memandangkan kedua-dua akhbar berkenaan menunjukkan kecenderungan terhadap amalan penentuan agenda kerana akhbar-akhbar berkenaan dimiliki oleh parti pemerintah yang mahukan pengamal media kedua-dua akhbar berkenaan menterjemahkan agenda parti dalam semua liputan dalam halaman akhbar mereka.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK_2008_4.pdf

Download (370kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Newspapers - Language - Political aspects
Call Number: FBMK 2008 4
Chairman Supervisor: Professor Dr. Md. Salleh Hj. Hassan, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 31 Mar 2010 00:55
Last Modified: 27 May 2013 07:18
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4754
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item