UPM Institutional Repository

Mengembalikan status Aceh sebagai hub pendidikan Islam di Nusantara: dari perspektif rakyat Malaysia


Citation

Ahmad, Anzaruddin (2010) Mengembalikan status Aceh sebagai hub pendidikan Islam di Nusantara: dari perspektif rakyat Malaysia. In: Aceh Development International Conference 2010, 26-28 Mar. 2010, Faculty of Engineering, Universiti Putra Malaysia. (pp. 31-39).

Abstract

Sejak kedatangan para pedagang Arab ke Nusantara, Aceh telah mula menjadi pusat penyebaran dakwah dan ilmu pengetahuan Islam. Zaman kegemilangannya dicapai semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda (1607-1636 M) yang memerintah Kerajaan Aceh Darussalam. Pada waktu itu, institusi pendidikan seperti Zawiyah dan Dayah memainkan peranan yang sangat penting sehingga Aceh digelar 'Serambi Mekah'. lnstitusi-institusi ini menjadi tempat para pelajar Nusantara menyiap-sediakan diri sebelum meneruskan pengajian di bumi Hijaz. Keunggulan Aceh sebagai hub pendidikan Islam diperhebatkan lagi dengan kemunculan Tengku Abdul Rauf al-Singkili pad a abad ke-17 yang juga popular dengan panggilan 'Syiah Kuala'. Kehadirannya menyebabkan rarnai pelajar dari Tanah Melayu tertarik untuk belajar di Aceh sejak berkurun-kurun larnanva. Bagaimanapun statistik menunjukkan bahawa mulai beberapa dekad kebelakangan ini, ramai pelajar Malaysia yang lebih cenderung untuk belajar di Jawa berbanding di Aceh. Salah satu sebabnya lalah kerana ranking universiti-universiti di Jakarta dan Yogjakarta yang jauh lebih tinggi berbanding dengan beberapa universiti di Aceh hatta Universitas Syiah Kuala (Unsyiah) dan lAIN Ar-Raniry. Pada pandangan penulis, hal ini mungkin dapat dielakkan jika pusat-pusat pengajian tinggi di Aceh dapat mengeksploitasi sepenuhnya pelbagai kelebihan yang mereka miliki. Antaranya ialah khazanah dan tradisi keilmuan Islam yang diwarisi oleh pelbagai institusi pendidikan di Aceh yang telah wujud sejak berkurun-kurun lamanya. Demikian juga hakikat bahawa dari segi geografi Aceh lebih dekat dengan Semenanjung Malaysia berbanding kebanyakan bandar-bandar lain di kepulauan Sumatera mahupun Jawa. Bagaimanapun, untuk memastikan para pelajar Malaysia mengalihkan semula perhatian mereka ke Aceh, pusat-pusat pengajian tinggi di sana mesti mampu menawarkan kualiti pendidikan dan kemudahan infrastruktur yang setanding dengan apa yang ditawarkan oleh universiti-universiti di Jawa. Justeru dalam kertas ini penulis akan mengemukakan beberapa cadangan yang diharap dapat membantu Aceh mengembalikan statusnva sebagai hub pendidikan Islam di Nusantara. Penulis melihat bahawa projek pembangunan pendidikan tinggi Islam ini sangat berpotensi untuk menjana pertumbuhan ekonomi Aceh pasca-tsunami 2004.


Download File

[img] PDF
Mengembalikan status aceh sebagai hub pendidikan islam di nusantara Dari perspektifrakyat Malaysia.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (675kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Universiti Putra Malaysia
Keywords: Islamic education relationship; Acheh (Indonesia); Intellectual heritage
Depositing User: Azhar Abdul Rahman
Date Deposited: 16 May 2016 05:18
Last Modified: 12 Aug 2016 09:06
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/47417
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item