Citation
Che Rodi, Rozita and Musa, Hashim and Noor Muhammad, Salmah Jan
(2015)
Penyemarakan semangat patriotisme dan integrasi nasional melalui bahasa dari sudut unsur budaya melayu.
In:
Bahasa Melayu dalam Konteks Budaya.
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, pp. 637-650.
ISBN 9789832084068
Abstract
Kertas kerja ini akan menelusuri kedudukan bahasa bukan setakat alat komunikasi tetapi elemen pembentuk jati diri dan maruah masyarakatnya, pemupuk semangat kekitaan (esprit de corps) dan integrasi nasional, mencerminkan kehalusan dan ketinggian budi pekerti, alat pencatat, perakam, penyebar dan pewaris khazanah ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan sesuatu budaya bangsa yang diperturunkan dari generasi ke
generasi, wadah dan wahana pembentukan negara bangsa dan peradaban serta budaya masyarakatnya. Oleh itu, penggunaan bahasa Melayu, iaitu bahasa kebangsaan Malaysia milik sepunya rakyat Malaysia sebagai wadah dan wahana ilmu pengetahuan, sains, teknologi, pendidikan, persuratan dan pentadbiran bagi negara Malaysia dapat mengolah, membentuk dan mewarnakan seluruh pencapaian, kemajuan dan ketinggian
peradaban Malaysia dalam acuan budayanya sendiri, iaitu budaya negara bangsa Malaysia, bukan negara bangsa Inggeris, Cina atau Jepun. Ini akan menyemai dan menyemarakkan semangat patriotisme, iaitu rasa bangga dan kasih akan negara Malaysia, sebagai tanah air tempat tumpah darah rakyat jelata Malaysia. Satu bahasa yang sama, iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia akan menimbulkan integrasi nasional dari segi budaya kerana bahasa Melayulah yang akan mengungkapkan semua unsur budaya dan pembangunan peradaban Malaysia.
Download File
Preview |
|
PDF
Penyemarakan semangat patriotisme dan integrasi nasional melalui Bahasa dari sudut unsur budaya melayu.pdf
Download (443kB)
| Preview
|
|
Additional Metadata
Item Type: |
Book Section
|
Divisions: |
Faculty of Modern Language and Communication |
Publisher: |
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Notes: |
Editor: Zulkifli Osman, Sanat Md. Nasir, Siti Saniah Abu Bakar, Adenan Ayob, Raja Nor Safinas Raja Harun |
Keywords: |
National integration; Culture integrity; Cultural development; Heterogeneous; Patriotism |
Depositing User: |
Azhar Abdul Rahman
|
Date Deposited: |
09 Oct 2017 08:51 |
Last Modified: |
09 Oct 2017 08:51 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/47061 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |