Citation
Noor Muhammad, Salmah Jan and Musa, Hashim and Che Rodi, Rozita
(2015)
Bentuk interaksi sosial budaya dalam hubungan diplomatik pada zaman kesultanan Melayu.
In:
Bahasa Melayu dalam Konteks Budaya.
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, pp. 625-636.
ISBN 9789832084068
Abstract
Interaksi sosial budaya merupakan suatu tindakan atau pendekatan yang diambil oleh sesebuah pihak untuk menjalinkan hubungan dengan pihak lain, terutamanya dari aspek budaya. Pada zaman pemerintahan kesultanan Melayu, aspek ini sangat dititikberatkan. Hal ini kerana, kejayaan interaksi sosial budaya ini sudah pasti akan membawa kepada kelancaran sesebuah hubungan. Lazimnya, penghantaran utusan, kiriman warkah, dan bingkisan hadiah menjadi medium utama dalam menjayakan interaksi sosial budaya. Kaedah kualitatif yang digunakan dalam kajian ini telah berhasil menemui bentuk interaksi sosial budaya dalam karya agung Melayu seperti Sulalatus Salatin dan Hikayat Hang Tuah. Antara bentuk interaksi sosial budaya yang ditekankan dalam kajian ini ialah bentuk interaksi sosial budaya dengan menggunakan kaedah akulturasi dan asimilasi budaya. Bentuk interaksi sosial budaya ini telah berjaya membawa kerajaan Melayu seperti kerajaan Melaka ke mercu kegemilangan pemerintahan dan menjadi role-model kepada kerajaan Melayu lain.
Download File
|
Text
Bentuk interaksi sosial budaya dalam hubungan diplomatik pada zaman kesultanan Melayu.pdf
Download (49kB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |