UPM Institutional Repository

Teknik retorik dalam novel Salina karya A. Samad Said


Citation

Mat Dehan, Asrul Azuan and Yaakob, Nor Azuwan (2015) Teknik retorik dalam novel Salina karya A. Samad Said. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 2. pp. 49-59. ISSN 2289-7208; ESSN: 2289-9294

Abstract

Retorik merupakan satu subbidang linguistik yang digunakan sebagai usaha yang efektif untuk menampilkan penggunaan bahasa yang berseni, indah, berkesan dan menekankan aspek kesantunan, keterampilan dan pengaplikasian bahasa baik dalam berkomunikasi sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Bidang penulisan kreatif dipilih sebagai skop kajian untuk membuktikan keberkesanan penggunaan retorik dalam penulisan kreatif yang mempunyai fungsi komunikasi secara langsung atau tidak langsung antara pengarang dengan pembaca. Kajian yang berbentuk deskriptif ini dijalankan berpandukan Teori Retorik Moden yang diasaskan oleh Enos dan Brown (1993). Kaedah analisis kandungan digunakan untuk memerikan teks secara tekstual dan kontekstual. Objektif utama kajian adalah untuk menghuraikan teknik retorik dan menganalisis kekerapan teknik retorik yang digunakan dalam novel Salina (1961) karya A. Samad Said. Elemen yang ditekankan dalam kajian ini ialah lima teknik retorik yang digunakan oleh A. Samad Said, iaitu teknik penceritaan, pendedahan, pemujukan, pemerian dan penerangan. Berdasarkan penganalisisan kekerapan penggunaan teknik retorik, dapatan kajian menunjukkan bahawa retorik penceritaan paling banyak digunakan, iaitu sebanyak 33 kali. Retorik penerangan dan pemerian masing-masing sebanyak 30 kali dan 15 kali. Manakala retorik pendedahan digunakan sebanyak 14 kali. Retorik pemujukan paling sedikit digunakan, iaitu sebanyak lapan kali. Jelasnya, retorik merupakan elemen penting yang membantu pengarang menggunakan bahasa secara berkesan untuk mempengaruhi fikiran, sikap dan pendirian pembaca terhadap karya yang dihasilkan.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Teknik retorik dalam novel Salina karya A. Samad Said.pdf

Download (5kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://ijleal.ump.edu.my/index.php

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit Universiti Malaysia Pahang
Keywords: Malay literature; A. Samad Said
Depositing User: Ms. Nida Hidayati Ghazali
Date Deposited: 29 Mar 2018 04:22
Last Modified: 29 Mar 2018 04:22
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/46503
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item