UPM Institutional Repository

Remaja dan penguasaan leksikal busana tradisional Melayu


Citation

Abdul Malek, Noorul Khairien and Mohamad, Hasnah (2015) Remaja dan penguasaan leksikal busana tradisional Melayu. Jurnal Linguistik, 19 (1). pp. 13-28. ISSN 1823-9242

Abstract

Kajian ini memfokus kepada penguasaan leksikal ilmu tempatan dalam kalangan remaja. Ilmu tempatan dalam kajian ini merujuk kepada leksikal dalam domain busana tradisional Melayu. Idea tentang kajian ini tercetus memandangkan lunturnya penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan remaja disebabkan ketakpopularan kosa kata bahasa Melayu asli itu sendiri dan juga pembentukan leksikal baharu sebagai wahana komunikasi. Hal ini berlaku disebabkan oleh penggunaan bahasa Melayu yang semakin terpinggir dalam era kemodenan negara. Selain itu, remaja kini tidak didedahkan dan tidak mengetahui kewujudan sesuatu leksikal dan membawa kepada wujudnya ciptaan leksikal baharu berdasarkan pengalaman dan persekitaran mereka. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan tahap penguasaan kosa kata domain ilmu tempatan dalam kalangan remaja ; dan menentukan mekanisme untuk meningkatkan penguasaan leksikal domain ilmu tempatan dalam kalangan remaja. Teori Sosiokognitif diterapkan dalam kajian ini bagi menghuraikan perkaitan antara persekitaran dengan pemikiran remaja dalam pemerolehan kosa kata tradisional. Kajian ini menggunakan kaedah kajian lapangan dengan instrumen kajian soal selidik, ujian Skala Ukur Pengetahuan Kosa Kata atau Vocabulary Knowledge Scale (VKS) digunakan dalam instrumen temu bual dan ujian Skema Pengecaman Kosa atau Vocabulary Recognition Task (VRT) turut digunakan bagi menentukan tahap penguasaan leksikal busana tradisional Melayu dalam kalangan remaja. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor pengalaman dan persekitaran remaja memberi refleksi kepada kognitif remaja dalam penguasaan sesuatu leksikal. Tahap penguasaan remaja dalam leksikal busana tradisional Melayu berada pada tahap sederhana, iaitu sebanyak 64.1%, dan masih memerlukan mekanisme untuk meningkatkan penguasaan leksikal busana tradisional Melayu dalam kalangan remaja berkenaan. Kajian menunjukkan bahawa mekanisme yang boleh diimplementasikan untuk membantu meningkatkan penguasaan leksikal domain busana tradisional Melayu dalam kalangan remaja ialah melalui pembacaan ilmiah, komunikasi, pembelajaran di sekolah, persekitaran responden dan media massa.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstract)
Remaja dan penguasaan leksikal busana tradisional Melayu.pdf

Download (6kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://jurnal.plm.org.my

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Persatuan Linguistik Malaysia
Keywords: Indigenous knowledge; Traditional Malay costume; Lexical acquisition; Lexical unpopularity; Formation of new lexical
Depositing User: Ms. Nida Hidayati Ghazali
Date Deposited: 04 May 2018 09:03
Last Modified: 04 May 2018 09:03
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/46144
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item