UPM Institutional Repository

Profil teras pertubuhan sukarela belia di Malaysia


Citation

Hamzah, Siti Raba’ah and Suandi, Turiman and Hamzah, Azimi (2015) Profil teras pertubuhan sukarela belia di Malaysia. Malaysian Journal of Youth Studies (MJYS), 13. ISSN 2180-1649

Abstract

Makalah ini bertujuan untuk menentukan matlamat keterlibatan dalam kerja sukarela ke arah membina profil teras pertubuhan sukarela di Malaysia. Umumnya, pertubuhan sukarela di Malaysia bebas dalam menentukan objektif, matlamat serta tujuan pertubuhan masing-masing. Namun begitu, kesukaran dalam menentukan tujuan pertubuhan sukarela mengikut bidang keutamaan dan juga matlamat sebenar pertubuhan ketika kerja sukarela dijalankan tidak dapat ditentukan dengan tepat. Artikel ini membincangkan secara kritikal profil teras pertubuhan sukarela dengan menggunakan kajian kualitatif melalui pemerhatian turut serta dan temu bual berfokus terhadap 16 ahli jawatankuasa daripada empat buah pertubuhan sukarela di Malaysia. Kajian ini mendapati terdapat enam profil teras kepada pemilihan serta penglibatan aktif sukarelawan dalam menentukan matlamat serta objektif pertubuhan sukarela yang dianggotai oleh mereka: khidmat komuniti; altruisma; kecenderungan menderma; amalan nilai murni; perjuangan sejagat; dan pembangunan kendiri. Kajian ini juga mendapati bahawa khidmat komuniti dan amalan nilai murni merupakan prediktor yang paling utama dalam menentukan seseorang untuk terlibat dalam pertubuhan sukarela.


Download File

[img] Text
Profil teras pertubuhan sukarela belia di Malaysia.pdf

Download (78kB)
Official URL or Download Paper: http://iyres.gov.my/component/catalogue/item/93

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia
Keywords: Volunteers; Voluntary work; Voluntary organizations; Core profile
Depositing User: Ms. Ainur Aqidah Hamzah
Date Deposited: 31 May 2022 20:47
Last Modified: 31 May 2022 20:47
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/46017
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item