UPM Institutional Repository

UPM Kini Universiti Putra Malaysia


Citation

Utusan Malaysia, UPM Kini Universiti Putra Malaysia. (4 April 1997), (Call Number: 1997/4-0001)

Abstract

SERDANG 3 April _ Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan penukaran nama Universiti Pertanian Malaysia (UPM) kepada Universiti Putra Malaysia (UPM). Menurutnya, nama itu dipilih kerana lokasinya yang bersebelahan dengan Putrajaya, pusat pentadbiran baru kerajaan yang terletak dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) dan kini dalam pembinaan. Pusat pentadbiran baru itu juga mengambil sempena nama Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra. ``Putra juga bermakna rakyat yang muda dan remaja,'' katanya ketika berucap sebelum mengadakan dialog dengan pelajar dan kakitangan UPM semasa lawatan rasmi seharinya ke universiti itu hari ini. Pengumuman itu disambut dengan tepukan gemuruh ribuan pelajar dan kakitangan universiti yang memenuhi Dewan Sultan Salahuddin Abdul Aziz UPM, di sini. Dr. Mahathir berkata, nama universiti itu perlu ditukar bagi memberi tafsiran baru memandangkan peranannya tidak lagi tertumpu kepada bidang pertanian semata-mata. Tambah beliau, UPM telah berkembang dengan menguasai bidang penyelidikan serta pembangunan sains dan teknologi seperti teknologi maklumat dan multimedia.``Sebab itu namanya perlu ditukar supaya mencerminkan pertumbuhan dan kejayaan rakyat muda Malaysia,'' katanya. Beliau berbangga dengan kemajuan yang dicapai oleh UPM, walaupun pada asalnya ia dianggap sebagai `universiti yang ditubuhkan untuk nak ajar orang kita menanam padi dan menangkap ikan.'


Download File

[img]
Preview
PDF
0633.pdf

Download (510kB)

Additional Metadata

Item Type: Newspaper
Subject: Theory and special aspect of education
Subject: Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Muhd Yahya Ulmi
Date Deposited: 20 Apr 2010 02:57
Last Modified: 02 Oct 2024 13:15
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4436
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item