Citation
Said, Rozita Radhiah
(2016)
Peribahasa:manifestasi pemikiran aras tinggi bangsa.
Pertanika MAHAWANGSA, 3 (2).
pp. 113-127.
ISSN 2289-7259
Abstract
Kajian analisis wacana teks ini bertujuan untuk mengenal pasti unsur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam peribahasa yang terkandung dalam buku teks Bahasa Melayu menengah atas. Peribahasa merupakan refleksi kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) masyarakat. Ternyata sehingga hari ini budaya penggunaan peribahasa masih mampu menyuntik keindahan dalam penulisan dan pertuturan. Kajian ini mengenal pasti 40 buah peribahasa yang digunakan dalam pelbagai aras, pelbagai konteks dan pelbagai kemahiran dalam kedua-dua buku teks tingkatan empat dan tingkatan lima ini. Setiap satu penggunaanya perlu difahami dalam konteks kerana peribahasa yang tercatat hanya merupakan ujaran harfiah. Semua andaian kontekstual dan pengetahuan latar belakang dalam lingkungan kehidupan masyarakat Melayu membantu murid memperoleh maksud yang sebenar. Pengamatan serta kedalaman makna yang cuba disampaikan melalui peribahasa tetap ampuh mendukung maksud sesuatu situasi dalam kontekstual yang berbeza-beza, merentasi masa dan keperluan zaman. Keindahan bahasa, ketajaman akal, kekuatan pemerhatian, ketepatan kosa kata, kedalaman makna, kesantunan perlambangan, kejituan analogi serta kelestarian dokongan makna sangat jelas melambangkan ketinggian akal budi serta budaya berfikir dalam kalangan masyarakat Melayu. Kajian analisis teks ini dibuat untuk membuktikan bahawa unsur KBAT dalam peribahasa telah lama dibudayakan dalam cara berfikir masyarakat Melayu. Implikasinya, jika bahasa merupakan pengenalan kepada bangsa, maka peribahasa pula menjadi pelengkap yang memungkinkan pelbagai mesej disampaikan dengan pelbagai kaedah oleh sistem dan struktur bahasa itu sendiri. Oleh itu, mendidik anak bangsa berfikir menggunakan peribahasa merupakan satu budaya yang perlu dilaksanakan dengan lebih tegas dalam kurikulum pendidikan negara. KBAT mampu memacu anak bangsa untuk maju secara global tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan ketinggian budaya ketimuran dengan bertunjangkan agama tanpa peminggiran teknologi serta keperluan semasa.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |